• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

COVID-19: Pembukaan sekolah bakal jalani normal baharu, hanya 17 pelajar satu kelas dan ada SOP yang rapi

  • OLEH Ghazali Alias
  • 5:34 pm
  • 19/05/2020
  • Komen
COVID-19: Pembukaan sekolah bakal jalani normal baharu, hanya 17 pelajar satu kelas dan ada SOP yang rapi
Share on FacebookShare on Twitter

Pembukaan semula sekolah pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran, terutama bagi menjamin amalan penjarakan sosial anatara pelajar dalam kawasan sekolah.

Menteri Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Md Jidin berkata buat masa ini belum ada pengumuman tentang pembukaan sekolah dan ibu bapa akan dimaklumkan dua minggu lebih awal jika perkara berkenaan berlaku.



Jelasnya, pelaksanaan sesi persekolahan selepas PKPB akan menjalani norma baharu dengan membenarkan penempatan 16 hingga 20 orang pelajar dalam satu kelas, bergantung kepada saiz kelas berkenaan. Jika satu kelas mempunyai lebih 30 pelajar maka ia perlu dipecahkan. Penggunaan dewan sebagai kelas juga boleh dijadikan sebagai alternatif.

Keselamatan pelajar jadi keutamaan

Tahap kesihatan pelajar juga menjadi keutamaan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Oleh yang demikian, penyediaan makanan di kantin akan dilakukan secara siap bungkus dan pelajar tidak dibenarkan berkumpul.



Pihak kementerian juga sedang meniliti beberapa garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) persekolahan bagi memastikan pelajar berada dalam keadaan selamat ketika di dalam kawasan sekolah.

Pelajar tingkatan lima dan enam bakal menjadi kumpulan pertama yang akan memulakan persekolahan. Ini berikutan jumlah mereka lebih kecil dan mudah dikawal selia.

Guru juga akan dipertanggungjawabkan untuk memantau pelaksanaan SOP baharu persekolahan dalam kalangan pelajar, dengan panduan daripada pihak kementerian. Maklumat tentang sesi persekolahan semula pelajar lain akan diumumkan dari masa ke semasa.

Kurang 10% pelajar miliki komputer

Sementara itu, pihak kementerian juga menyedari bahawa tidak semua pelajar memiliki kelengkapan seperti komputer untuk menjalankan pembelajaran dari rumah.

Dalam satu kaji selidik pihak kementerian terhadap 900,000 pelajar mendapati bahawa, hanya 5 hingga 9% sahaja yang memiliki komputer meja, riba dan tablet. Selebihnya pula hanya menggunakan telefon pintar.  

Mohd Radzi turut memberitahu, pihaknya sedang mencari penyelesaian terbaik supaya tiada pelajar yang ketinggalan dalam pendidikan dan teknologi di sekolah mahupun rumah.

Sumber: The Star

Tags: COVID-19kementerian pendidikan malaysiaPKPBsekolah
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
COVID-19: Pembukaan sekolah bakal jalani normal baharu, hanya 17 pelajar satu kelas dan ada SOP yang rapi

COVID-19: Pembukaan sekolah bakal jalani normal baharu, hanya 17 pelajar satu kelas dan ada SOP yang rapi

19 May 2020
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN