• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

BMW beri subsidi RM100 untuk golongan B40 membeli kerusi kereta kanak-kanak

  • OLEH Ghazali Alias
  • 5:53 pm
  • 20/05/2020
  • Komen
BMW beri subsidi RM100 untuk golongan B40 membeli kerusi kereta kanak-kanak
Share on FacebookShare on Twitter

BMW Malaysia menerusi Yayasan Safe ‘n Sound dan Childline serta Shopee melancarkan Program Subsidi Kerusi Kereta Kanak-Kanak fasa kedua, buat ibu bapa yang tergolong dalam kumpulan pendapatan B40.

Ketua Komunikasi Korporat di BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata, program in merupakan kesinambungan daripada inisiatif BMW Safety 360° yang dilaksanakan tahun lalu. Ia bertujuan bagi menerapkan kesedaran terhadap keselamatan kakak-kanak dalam kereta, dengan membantu golongan B40 mendapatkan kerusi kereta kanak-kanak pada harga subsidi.



Pada penganjuran fasa pertama, program tersebut telah mendapat penyertaan 25,000 ibu bapa daripada golongan B40. Kali ini pula, fokus akan diberikan kepada baki penerima berdaftar dari sebelum ini untuk mendapat harga subsidi bagi kerusi berkenaan.

Dengan sokongan daripada Shopee, Ibu bapa yang layak menerima harga subsidi kerusi kereta kanak-kanak, akan diberikan baucar Shopee dan boleh mendapakan kerusi berkenaan di laman mikro khas ini.



Senarai kerusi dan harga selepas subsidi adalah seperti berikut:

  • Model: snskidz Ace
    • Harga selepas subsidi: RM 99 (NP: RM 199)
    • Jumlah subsidi: RM 100
    • Kegunaan untuk kanak-kanak pada usia kelahirant hingga 13kg
  • Model: snskidz Sport
    • Harga selepas subsidi: RM 169 (NP: RM 269)
    • Jumlah subsidi: RM 100
    • Kegunaan untuk kanak-kanak usia kelahiran hingga 4 tahun
  • Model: snskidz Proto
    • Harga selepas subsidi: RM 249 (NP: RM 349)
    • Jumlah subsidi: RM 100
    • Kegunaan untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas hingga 36kg

Selain Program Subsidi Kerusi Kereta Kanak-Kanak, Yayasan Sound dan Childline juga bakal membuka tabung dana awam. Ia bertujuan bagi mengumpul akan menyalurkan dana untuk menambah jumlah subsidi untuk pendaftar yang berbaki. Tiada jumlah minimum ditetapkan dan sumbangan boleh dilakukan di laman mikro di Shopee.

Tags: BMWShopeeYayasan Safe ‘n Sound dan Childline
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
BMW beri subsidi RM100 untuk golongan B40 membeli kerusi kereta kanak-kanak

BMW beri subsidi RM100 untuk golongan B40 membeli kerusi kereta kanak-kanak

20 May 2020
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN