• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini sebabnya mengapa bil air anda tinggi semasa PKP

  • OLEH Najib
  • 1:25 pm
  • 21/05/2020
  • Komen
Ini sebabnya mengapa bil air anda tinggi semasa PKP
Share on FacebookShare on Twitter

Adakah anda merasakan bil air anda lebih tinggi dari biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Anda mungkin tidak keseorangan kerana ramai orang turut mengadu tentang masalah yang sama, terutama di Lembah Klang di mana ia diuruskan oleh syarikat Air Selangor.

Bagi menjelaskan tentang fenomena baru ini, Air Selangor tampil dengan kenyataan rasmi untuk menjawab aduan orang ramai ini. Menurut Air Selangor, sepanjang PKP mereka tidak membuat bacaan meter tetapi hanya mengeluarkan bil anggaran sahaja. Anggaran ini dibuat berdasarkan maklumat purata penggunaan harian pada bulan sebelumnya.



Untuk bil anggaran bulan Mac, jika ia terlebih caj dan pelanggan telah membayarnya, maka ia akan direkodkan sebagai bayaran lebihan ke dalam akaun pelanggan. Tetapi jika anggaran ini kurang, ia akan ditambah ke dalam bil bulan berikutnya selepas bacaan meter sebenar dibuat.

Selepas PKP Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan yang memberi kelonggaran kepada syarikat dan perniagaan kembali beroperasi, pihak Air Selangor telah mula membuat pembacaan meter di premis. Ia dibuat bermula pada 2 Mei 2020 dan Air Selangor akan menyelaraskan bacaan meter sebenar untuk bil bulan April dan Mei.



Bil air pelanggan juga dilihat lebih tinggi dari biasa kerana lebih banyak masa diluangkan di rumah semasa PKP, berbanding separuh hari berada di pejabat pada hari biasa. Bagi memahami dengan lebih tepat mengenai tarif bil air yang dikenakan, orang ramai boleh melayari laman web Air Selangor.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk memeriksa kebocoran pada sistem paip dalam di premis kerana ia turut menyumbang kepada peningkatan bil. Dapatkan khidmat tukang paip berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk melaksanakan kerja pembaikan.

Tetapi jika pelanggan merasakan bil air yang tinggi ini berpunca dari bacaan meter yang salah, boleh menghubungi pihak Air Selangor untuk siasaatan lanjut.

Pihak Air Selangor boleh dihubungi di talian 15300, atau WhatsApp ke 019-2800919 atau 019-2816793, atau ke media sosial di Facebook, Twitter dan Instagram. Selain itu, maklumat lanjut juga boleh di dapati di laman web www.airselangor.com.

Sumber: Air Selangor

Tags: air selangorPerintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

Ini sebabnya mengapa bil air anda tinggi semasa PKP

Ini sebabnya mengapa bil air anda tinggi semasa PKP

21 May 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN