• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google dan Microsoft jalin kerjasama bangunkan fungsi penyemak ejaan sendiri

  • OLEH Ghazali Alias
  • 4:02 pm
  • 02/06/2020
  • Komen
Google dan Microsoft jalin kerjasama bangunkan fungsi penyemak ejaan sendiri
Share on FacebookShare on Twitter

Google dan Microsoft kembali menjalin kerjasama dengan menyediakan fungsi semakan ejaan (spellcheck) sendiri  di pelayar web Chrome dan Edge. Dikenali sebagai Windows Spellcheck, kedua-dua pelayar itu tidak lagi menggunakan Hunspell open source untuk kemaskini versi terbaharu masing-masing.

Berdasarkan kenyataan dari Windows Blog, pembangunan spellcheck ini adalah kolaborasi antara jurutera Google dan Microsoft menerusi projek Chromium. Kerjasama ini membolehkan semua jenis pelayar yang menggunakan Chromium untuk menggunakan fungsi ini, seperti Chrome dan Edge.



Dengan fungsi yang dibangunkan bersama ini, Chrome dan Edge bukan sahaja berkongsi bursa perkataan dari kamus yang sama, keduanya juga mempunyai carian yang lebih baik untuk URL, akronim, dan alamat emel.

Fungsi ini boleh didapati dalam tetapan OS Windows versi 8.1 ke atas. Bagi pelayar web fungsi ini boleh digunakan secara automatik di Microsoft Edge 83 dan ke atas.



Untuk konfigurasi bahasa yang mahu disemak ejaaannya, pengguna boleh ke edge://settings/languages page.

Pengguna juga boleh memuat turun bahasa tambahan dengan cara berikut:

  1. Pergi ke Windows Setting
  2. klik Time & Language -> Language
  3. dan pilih Add a preferred language

Windows Spellcheck juga boleh digunakan oleh pengguna pelayar Google Chrome, versi 83 ke atas. Bagi mereka yang ingin mengaktifkan semakan ejaan ini di Chrome, pengguna pula hanya perlu melakukan cara seperti berikut:

  1. Taip chrome://flags di bahagian ruang alamat
  2. Taip Use the Windows OS spell checker di ruang carian
  3. Klik Enable
  4. Tutup semua tab and buka semula pelayar

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Windows Spellcheck orang ramai boleh merujuk dengan Windows Blog di pautan ini.

Sumber : The Verge, Windows Blog, Mashable India

Tags: Googlewindowswindows spellchecker
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Google dan Microsoft jalin kerjasama bangunkan fungsi penyemak ejaan sendiri

Google dan Microsoft jalin kerjasama bangunkan fungsi penyemak ejaan sendiri

2 June 2020
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN