• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Semakan Rang Daftar Pemilih Tambahan Q1 2020 dibuat menggunakan kod QR

  • OLEH Ghazali Alias
  • 11:26 am
  • 11/06/2020
  • Komen
Semakan Rang Daftar Pemilih Tambahan Q1 2020 dibuat menggunakan kod QR
Share on FacebookShare on Twitter

Pendaftar pemilih baru awal tahun ini, boleh mula menyemak nama mereka di dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT), bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mac 2020 (ST1/2020). Semakan boleh dibuat di 915 tempat pameran seluruh negara bermula 10 Jun sehingga 23 Jun 2020.

Senarai ini memuatkan keputusan daftar pemilih buat 80,766 warganegara yang membuat permohonan pendaftaran pemilih baharu dan 18,989 permohonan pertukaran bahagian pilihan raya daripada pemilih berdaftar.



Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun, bagi mengekang penularan wabak COVID-19, pihaknya tidak meletakkan salinan buku RDPT di lokasi pameran secara umum, sebaliknya menyediakan sehelai notis bersaiz A4 yang mengandungi Kod Respon Pantas (QR) RDPT di lokasi-lokasi terpilih.

Ia bertujuan bagi mengelak sebarang aktiviti sentuhan terutama terhadap buku RDPT yang boleh mengundang kepada penularan wabak COVID-19.



Selain mengesan kod QR, orang ramai juga boleh menyemak nama di RDPT dengan melayari portal rasmi pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri. Bagi lokasi yang tiada kod QR, semakan secara manual boleh dibuat di Pejabat Pilihan Raya Negeri yang terpilih menerusi buku RDPT/ST2020 yang disediakan.

Sementara itu, bagi mereka yang telah memohon tetapi tidak tersenarai dalam RDPT ST1/2020, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi borang B. Jika ada sebarang bantahan untuk nama yang tersenarai dalam daftar pemilih pula, ia boleh dikemukakan dengan mengisi borang C.

Selain menyenaraikan nama pemohon yang berjaya, pihak SPR turut mempamerkan nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada senarai daftar pemilih. Senarai ini melibatkan pengundi yang telah meninggal dunia, hilang taraf kewarganegaraan atau sebab lain yang dinyatakan dalam Peraturan 10 dan 25(2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftar Pemilih) 2002.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan RDPT dan semakan nama pemilih sedia ada, orang ramai boleh ke saluran berikut:

  • Talian Ibu Pejabat SPR: 03-8892 7018
  • Pejabat Pilihan Raya Negeri
  • Portal SPR
  • Aplikasi telefon pintar MySPR Semak

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web SPR di pautan ini.

Sumber: Sinar Harian

Tags: DAFTAR PEMILIHRDPTSPR
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Semakan Rang Daftar Pemilih Tambahan Q1 2020 dibuat menggunakan kod QR

Semakan Rang Daftar Pemilih Tambahan Q1 2020 dibuat menggunakan kod QR

11 June 2020
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER