• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony dedahkan rupa sebenar PS5, tatapi sepuasnya sebelum anda ketahui harganya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:32 am
  • 12/06/2020
  • Komen
Sony dedahkan rupa sebenar PS5, tatapi sepuasnya sebelum anda ketahui harganya
Share on FacebookShare on Twitter

Konsol permainan generasi seterusnya daripada Sony sudahpun didedahkan secara rasmi oleh pengeluarnya sendiri melalui satu livestream The Future of Gaming awal pagi 12 Jun 2020. Untuk pertama kali dalam sejarah PlayStation, akan ada dua model dilancarkan sekali gus iaitu:

  • PlayStation 5
  • PlayStation 5 Digital Edition

Berkemungkinan besar perbezaan antara keduai model itu adalah pada kehadiran pemacu cakera padat pada salah satunya. Ia turut mencadangkan yang harga permulaan PlayStation 5 lebih tinggi daripada norma sehinggakan perlu hasilkan dua model yang miliki perbezaan kecil.



Beberapa maklumat yang boleh diekstrak daripada perkongsian Sony ialah seperti konsol ini berwarna putih dan boleh digunakan dalam keadaan menegak ataupun melintang. Kelihatan juga beberapa port I/O seperti USB-A dan USB-C di bahagian depan.

Selain konsol permainan, Sony turut menayangkan beberapa aksesori yang boleh dipadankan bersamanya. Misalnya, ada pad pengecas alat kawalan DualSense, kamera HD, earfon wayarless Pulse 3D dan alat kawalan jauh untuk melayani kandungan media.



Sumber

Pada sudut spesifikasi teknikal, maklumat yang sedia diketahui ramai ialah seperti ia diperkasa CPU AMD yang dibina menggunakan teknologi Zen 2 dan mengandungi 8 teras. GPU juga adalah hasil tangan AMD berasaskan teknologi RDNA 2.

Gabungan kedua-duanya memberikan kuasa pemproses sehingga 10.28 teraflops untuk dimanfaatkan anda semasa bermain. Untuk perbandingan, PS4 yang asal miliki 1.84 teraflops manakala edisi Pro ada 4.2 teraflops. Dengan kuasa sehebat itu, anda tak boleh jangkakan sesuatu yang kurang daripada mengagumkan pada permainan yang akan anda mainkan di konsol ini.

Selain bahagian teraflops, ada lagi beberapa komponen lain yang layak dikategorikan sebagai generasi seterusnya. Storan dalaman PS5 akan gunakan medium SSD seluas 825GB. Ia mampu lakukan perpindahan data sepantas 5.5GB/s yang bermakna, mereka mensasarkan hampir tiada loading screen pada permainan PS5, seperti yang kami laporkan dulu.

Untuk pengguna marhaen seperti saya dan anda, cukuplah ketahui yang ia boleh memuntahkan video setinggi 8K ataupun 4K pada 120Hz serta sokongan 3D audio.

Pad kawalan juga telah diperharui. Tak lagi gunakan nama DualShock, ia kini mengguna pakai nama DualSense. Ia ada picu adaptive yang mengesan tekanan, suap balik haptic dan sokongan audio 3D.

Melihat pada keupayaan PS5 ini, seram sejuk saya ingin ketahui berapakah harga jualannya kelak. Untuk padanan desktop, ada yang menyamakannya dengan sebuah desktop bernilai RM4,000.

Tags: Sonysony playstationsony playstation 5
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sony dedahkan rupa sebenar PS5, tatapi sepuasnya sebelum anda ketahui harganya

Sony dedahkan rupa sebenar PS5, tatapi sepuasnya sebelum anda ketahui harganya

12 June 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
YTL perkenal ILMUchat Pro bersama ciri baharu, akses percuma untuk pengguna Yes

YTL perkenal ILMUchat Pro bersama ciri baharu, akses percuma untuk pengguna Yes

25 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN