• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bantuan Prihatin Elektrik: Semak untuk ketahui adakah anda salah seorang yang tak perlu bayar langsung

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:21 pm
  • 20/06/2020
  • Komen
Bantuan Prihatin Elektrik: Semak untuk ketahui adakah anda salah seorang yang tak perlu bayar langsung
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan mendengar keluh kesah rakyat apabila menerima bil elektrik bulan Jun 2020 mereka kerana terdapat peningkatan mendadak pada penggunaan. Rakyat sepatutnya tidak terkejut kerana 8 jam waktu pejabat yang selama ini dihabiskan di luar rumah, telah dibawa ke kediaman masing-masing.

Tapi, mereka boleh menarik nafas lega kerana kerajaan Malaysia telah meluluskan suntikan sebanyak RM942 juta kepada pembekal tenaga elektrik untuk disalurkan kepada rakyat dalam bentuk rebat dan diskaun.



4 juta pengguna domestik dengan penggunaan 300KWJ ke bawah akan menikmati elektrik secara percuma bagi April, Mei dan Jun 2020

— BERNAMA Radio (@bernamaradio) June 20, 2020

Maka, untuk bil bulan April, Mei, dan Jun 2020 anda boleh jangkakan terdapat potongan harga yang akan dipaparkan dalam bil bulan Julai 2020 nanti. Malahan, ada golongan yang menikmati bil percuma selama 3 bulan berdasarkan penggunaan mereka.

Bantuan Prihatin Elektrik yang diumumkan adalah tambahan kepada Diskaun Rangsangan Ekonomi yang telah diumumkan sebelum ini. Berikut adalah jadual yang memaparkan jumlah bantuan yang anda akan terima berdasarkan penggunaan elektrik anda.



Pelanggan yang gunakan 0 hingga 300kWj untuk bulan tersebut akan diberikan rebat 100% keatas bil mereka. Buat golongan yang menggunakan lebih daripada itu, mereka akan menerima rebat tunai RM77 untuk dihimpunkan bersama Diskaun Rangsanan Ekonomi.

Sekiranya anda lakukan pembayaran secara konsisten dalam bulan April, Mei, dan Jun, pihak pembekal tenaga akan mengkreditkan amaun lebihan yang telah anda bayar dalam bil bulan Julai 2020.

Golongan yang tidak mampu untuk bayar turut dibantu. TNB contohnya, menawarkan Pelan Bayaran Mudah untuk bolehkan pelanggan mereka lakukan pembayaran lewat tanpa sebara surcaj sehingga bulan Disember 2020. Selain itu, aktiviti pemotongan elektrik tidak berjalan sehingga 30 September 2020.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi pembekal tenaga masing-masing. Pelanggan TNB, anda boleh hubungi mereka di:

  • TNB CareLine 1-300-88-5454
  • [email protected]
  • www.mytnb.com.my
Tags: bantuan prihatin elektrik tambahanbil elektrikPerintah Kawalan Pergerakanpkptenaga nasional berhadTNB
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Bantuan Prihatin Elektrik: Semak untuk ketahui adakah anda salah seorang yang tak perlu bayar langsung

Bantuan Prihatin Elektrik: Semak untuk ketahui adakah anda salah seorang yang tak perlu bayar langsung

20 June 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN