• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Potongan gaji, tiada bonus antara krisis pekerjaan sepanjang pandemik COVID-19

  • OLEH Ghazali Alias
  • 4:55 pm
  • 24/06/2020
  • Komen
Potongan gaji, tiada bonus antara krisis pekerjaan sepanjang pandemik COVID-19
Share on FacebookShare on Twitter

Pandemik COVID-19 telah menjejaskan kehidupan masyarakat terutama sektor pekerjaan. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh Jobstreet, 9 daripada 10 rakyat Malaysia didapati terkesan dengan krisis yang melanda di tempat kerja, ekoran penularan wabak berkenaan.

Menurut Jobstreet, hasil tinjauan mendapati, 58% pekerja di seluruh negara telah menjalani cara bekerja dari rumah. Sebanyak 48% pekerja pula berdepan masalah gaji dan ganjaran. Manakala 24% kakitangan diminta untuk mengambil cuti.



Selain itu, bagi memenuhi keperluan pengajian dari rumah dan pemintaan barangan harian, sektor pendidikan dan pembuatamencatatkan peningkatan bidang tugas lebih melebihi 90%.

Walaupun begitu, terdapat beberapa sektor mencatat penurunan skop pekerjaan ekoran pandemik COVID-19. Hospitaliti dan katering mencatat penurunan 45%, manakala seni bina dan pembinaan pula 36%.



Sementara itu, meskipun kakitangan sepenuh masa terutama yang telah berkhidmat dalam tempoh yang lama berpotensi rendah untuk diberhentikan, kebanyakan mereka tahun ini tidak diberikan bonus atau kenaikan gaji. Malah, ada jga yang dipotong. Berdasarkan tinjauan itu lagi, 1 daripada 3 pekerja melaporkan berdepan pemotongan gaji lebih 30%.

Berdasarkan senario yang berlaku, kebanyakan pekerja menyatakan kebimbangan terutama dalam hal ehwal kewangan dan kelangsungan pekerjaan. Ia secara langsung memberi kesan kepada tahap kepuasan bekerja.

Dalam usaha untuk memulihkan semula keadaan ini, kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia dan agensi di bawahnya telah menyenaraikan beberapa inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA). Antaranya, memperluas pelaksanaan Program Subsidi Upah, Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) dan Program Insentif Pengambilan.

Selain itu, Jobstreet turut melaksanakan insiatif #TogetherAhead. Menerusi kempen ini, pelbagai langkah telah dilaksanakan termasuk penggunaan tanda pagar #WorkNow di profil pencari kerja. Ia sebagai tanda bahawa pencari kerja bersedia untuk berkhidmat dalam kadar segera.

Tags: COVID-19jobstreetJobstreet TogetherAheadJobstreet WorkNow
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Potongan gaji, tiada bonus antara krisis pekerjaan sepanjang pandemik COVID-19

Potongan gaji, tiada bonus antara krisis pekerjaan sepanjang pandemik COVID-19

24 June 2020
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN