• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Percutian dalam negara melonjak 190% selepas PKP dilonggarkan

  • OLEH Najib
  • 6:43 pm
  • 03/07/2020
  • Komen
Percutian dalam negara melonjak 190% selepas PKP dilonggarkan
Share on FacebookShare on Twitter

Rakyat Malaysia dikesan merancang untuk lebih banyak bercuti dalam negara. Perkara ini ditemui oleh Airbnb menerusi data yang mereka perolehi sepanjang bulan Jun 2020.

Tempahan di Airbnb pada bulan Jun meningkat 190% berbanding bulan Mei, dengan 93% dari tempahan adalah untuk destinasi dalam negara. Perkara ini tidak mengejutkan memandangkan kerajaan Malaysia telah membuka sekatan pergerakan, selepas Perintah Pergerakan Kawalan Pemulihan bermula.



Rakyat Malaysia memilih untuk pergi ke lokasi yang berdekatan sahaja, dilihat selari dengan kempen Cuti-Cuti Malaysia dan usaha berterusan kerajaan untuk mempromosikan industri pelancongan dalam negara.

Sumber: Tourism Malaysia

Data Airbnb menunjukkan, destinasi terbanyak pilihan rakyat Malaysia bagi tempahan di bulan Jun ialah luar bandar seperti Cameron Highlands, Kuala Terengganu dan Port Dickson, mencatatkan 64% tempahan baru berbanding dalam bandar.



Tahun lepas, Airbnb menjana sebanyak RM3.7 bilion kepada ekonomi Malaysia. Menurut sepertiga hos Airbnb di Malaysia, pendapatan mereka dari Airbnb ini telah membantu mereka untuk duduk di rumah. Selain tempat tinggal, tetamu yang menginap di Airbnb turut berbelanja di restoran, pusat beli-belah, pengangkutan dan hiburan, menyumbang kepada pengembangan ekonomi tempatan.

Krisis COVID-19 telah mengubah norma kehidupan masyarakat. Airbnb memaklumkan, mereka akan terus memastikan semua hos dan tetamu, mematuhi peraturan yang telah ditetapkan pihak berkuasa semasa bercuti.

Tags: airbnbPKPP
Najib

Najib

POPULAR

Percutian dalam negara melonjak 190% selepas PKP dilonggarkan

Percutian dalam negara melonjak 190% selepas PKP dilonggarkan

3 July 2020
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN