• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia jemput umat Islam di Malaysia laksanakan qurban di serata dunia bersama Ikhlas

  • OLEH Najib
  • 1:17 pm
  • 09/07/2020
  • Komen
AirAsia jemput umat Islam di Malaysia laksanakan qurban di serata dunia bersama Ikhlas
Share on FacebookShare on Twitter

Raya Aidiladha yang menjelang tiba menandakan tibanya waktu salah satu ibadah terpenting umat islam iaitu korban. AirAsia menjemput orang ramai untuk menunaikan ibadan korban bersama mereka, menerusi Ikhlas.

IKHLAS merupakan jenama perniagaan baharu di bawah naungan AirAsia, yang ditubuhkan khusus untuk komuniti Muslim di seluruh dunia untuk pelbagai amalan Muslim. Ini termasuk kewajipan agama seperti Umrah, Korban dan pilihan gaya hidup berasaskan hukum Syariah.



Melalui Ikhlas, orang ramai boleh melaksanakan ibadah korban secara dalam talian dengan mudah dan harga berpatutan, di laman web www.ikhlas.com/qurban. Mereka menyediakan pakej qurban, di dalam dan luar negara seperti berikut:

  • 1 bahagian Lembu (dalam negara) – RM750
  • 1 ekor @ 7 bahagian Lembu (dalam negara) – RM5,250
  • 1 bahagian Lembu (luar negara) – RM300
  • 1 ekor @ 7 bahagian Lembu (luar negara) – RM2,100
  • 1 ekor Kambing (luar negara) – RM580

Untuk qurban luar negara, Ikhlas akan mengagihkan daging korban kepada individu dan keluarga yang kurang bernasib baik di lebih 35 buah negara antaranya: Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, Myanmar, Filipina, Indonesia, Bangladesh, Sri Lanka, India, Palestin, Arab Saudi, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Yaman, Sudan, Morocco, Nigeria, Ivory Coast, Ethiopia, Chad, Mali, Somalia, Ghana, Burkina Faso, Tanzania, Kenya, Uganda, Nepal, Malawi, Rwanda, Burundi, Congo dan Pakistan.



Pengguna yang membuat tempahan korban menerusi Ikhlas akan menerima Mata Ganjaran BIG (1 Mata Ganjaran BIG untuk setiap RM1). Setiap individu juga akan menerima sijil rasmi korban yang memaparkan lokasi agihan. Sebahagian dari korban ini akan disalurkan kepada tabung ‘Derma Dengan Ikhlas’ untuk terus membantu komuniti yang memerlukan.

Untuk korban tahun ini, Ikhlas akan membuka tempahan sehingga 30 Julai 2020.

Ikhlas Kamarudin, Ketua IKHLAS berkata, “IKHLAS ditubuhkan dengan visi untuk membantu mempermudahkan amalan umat Islam di seluruh dunia. Kami berbesar hati untuk memperkenalkan produk terbaharu kami iaitu ‘Korban dengan IKHLAS’ untuk membolehkan umat Islam memenuhi kewajipan mereka dengan mudah dan menyambut Hari Raya Aidiladha dengan lebih bermakna sambil membantu mereka yang memerlukan.

“Umat Islam menyembelih binatang ternakan seperti kambing, biri-biri, lembu atau unta pada setiap tahun rentetan daripada sejarah kisah Nabi Ibrahim. Daging sembelihan pula akan diagihkan sama rata kepada golongan asnaf, saudara-mara dan keluarga. Bagi sambutan Aidil Adha tahun ini, kami ingin menawarkan cara yang paling mudah untuk melaksanakan ibadah korban kepada semua. Pasukan IKHLAS akan bekerjasama dengan rakan kongsi kami di 35 buah negara untuk mengagihkan daging kepada komuniti yang memerlukan.”

Untuk maklumat lanjut mengenai tabung bantuan dan inisiatif akan datang, layari ikhlas.com, atau melalui laman sosial di Instagram ikhlasdotcom dan Facebook ikhlasdotcom.

Sumber: AirAsia

Tags: AirAsiaIkhlaskorban
Najib

Najib

POPULAR

AirAsia jemput umat Islam di Malaysia laksanakan qurban di serata dunia bersama Ikhlas

AirAsia jemput umat Islam di Malaysia laksanakan qurban di serata dunia bersama Ikhlas

9 July 2020
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN