• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nubia Red Magic 5S hanya naik taraf sedikit untuk kekal harga rendah

  • OLEH Najib
  • 5:27 pm
  • 30/07/2020
  • Komen
Nubia Red Magic 5S hanya naik taraf sedikit untuk kekal harga rendah
Share on FacebookShare on Twitter

Nubia, jenama telefon pintar gaming ZTE telah melancarkan telefon pintar Nubia Red Magic 5S, versi naik taraf Red Magic 5G yang diperkenal awal tahun ini. Telefon ini hanya diberikan naik taraf yang minima dan mengekalkan banyak perkakas dari Red Magic 5G, di samping harga yang lebih murah dari pesaingnya yang lain.

Naik taraf pada Red Magic 5S adalah pilihan RAM sehingga 16GB, berbanding 12GB sebelum ini. Ia juga kini menggunakan storan UFS3.1 yang lebih pantas. Sistem penyejukan juga dikatakan telah dipertingkat dengan rekaan paip haba lebih besar.



Lain-lain perkara di Red Magic 5S adalah sama dengan Red Magic 5G. Ia masih menggunakan cip Snapdragon 865 5G, bukan 865+ seperti di ROG Phone 3 yang baru dilancarkan minggu lepas. RAM kini sehingga 16GB dari jenis LPDDR5 dengan storan UFS3.1 sehingga 256GB.

Skrinnya berukuran 6.65-inci dari jenis AMOLED tanpa takuk dan lubang, dengan refresh rate tinggi 144Hz. Bateri di dalam berkapasiti 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 55W melalui USB-C. Sayangnya, di dalam kotak hanya disertakan pengecas 18W. Pengecas 55W perlu dibeli berasingan.



Kamera juga tidak berubah. Ada 3 kamera di belakang iaitu kamera utama 64MP menggunakan sensor Sony IMX686, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Kamera hadapan pula 8MP, terletak di bingkai di atas skrin.

Tarikan utama telefon ini ialah sistem penyejukan aktif menggunakan kipas terbina di dalam. Kini ia menggunakan paip haba lebih besar untuk pengaliran haba lebih efisyen, serta lubang pengeluaran haba juga diluaskan.

Sistem bunyi pula dikeluarkan dari speaker stereo yang ditembak ke tepi. Tidak ketinggalan, jek audio 3.5mm masih ada untuk peminat menggunakan fon kepala berwayar. Satu lagi fungsi yang disukai peminat gaming di telefon ini, adalah butang bahu yang terletak di kanan telefon.

Telefon ini akan dijual di China bermula 1 Ogos 2020, dalam dua warna iaitu Perak dan Pulse. Spesifikasi dan harga jualannya seperti berikut:

  • Red Magic 5S (RAM 8GB + Storan 128GB) – RMB 3,799 (~RM2,304)
  • Red Magic 5S (RAM 12GB + Storan 256GB) – RMB 4,399 (~RM2,668)
  • Red Magic 5S (RAM 16GB + Storan 256GB) – RMB 4,999 (~RM3,032)

Nubia turut menyatakan bahawa Red Magic 5S akan berada di pasaran antarabangsa sekitar bulan September. Semoga ia turut tiba di Malaysia menawarkan harga yang bersaing ketat dengan pengeluar lain.

Sumber: Soyacincau

Tags: NubiaNubia Red Magic 5S
Najib

Najib

POPULAR

Nubia Red Magic 5S hanya naik taraf sedikit untuk kekal harga rendah

Nubia Red Magic 5S hanya naik taraf sedikit untuk kekal harga rendah

30 July 2020
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN