• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SKMM hentikan perkhidmatan APP Gerak Malaysia pada 31 Julai 2020

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:51 pm
  • 30/07/2020
  • Komen
3 APP Daripada Kerajaan Malaysia Ini Bantu Kita Tangani Wabak COVID-19
Share on FacebookShare on Twitter

Ada 3 APP telefon pintar yang sedang aktif sekarang digunakan dalam hal-hal COVID-19 di Malaysia. Mereka ialah

  • MySejahtera
  • MyTrace
  • Gerak Malaysia

Ketiga-tiga APP ini datangnya daripada 3 agensi kerajaan yang berbeza, walaupun miliki objektif yang hampir serupa. SKMM melalui kenyataan media hari ini mengumumkan yang pihak mereka akan menamatkan perkihdmatan APP Gerak Malaysia pada 31 Julai 2020 dan meminta orang ramai untuk membuang aplikasi tersebut secepat mungkin.



Pihak SKMM akan menyerahkan data-data yang telah dihimpunkan sebelum ini kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut.

Gerak Malaysia pada awal pelancarannya digunakan untuk mengesan kontak rapat dengan memanfaatkan Bluetooth dan GPS. Kemudian, Majlis Keselamatan Negara (MKN) melancarkan MySejahtera yang sediakan fungsi mengimbas kod QR untuk log masuk ke tempat yang dilawati. Dalam pada masa yang sama MyTrace daripada MOSTI juga ada fungsi yang sama seperti Gerak Malaysia.



PDRM semasa PKP ada menggunakan Gerak Malaysia untuk mengawal selia pengeluaran permit rentas negeri. Agak pelik kenapa APP Gerak Malaysia ditamatkan perkhidmatannya kerana kalau angka kes COVID-19 melepasi seratus, PKP akan diperkenalkan semula dan ada kemungkinan rentas negeri tidak dibenarkan.

Tags: COVID-19covid19Gerak MalaysiamknmostiSKMM
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
3 APP Daripada Kerajaan Malaysia Ini Bantu Kita Tangani Wabak COVID-19

SKMM hentikan perkhidmatan APP Gerak Malaysia pada 31 Julai 2020

30 July 2020
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN