• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Note 20 Ultra & Note 20: Semua yang anda perlu tahu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:30 pm
  • 05/08/2020
  • Komen
Samsung Galaxy Note 20 Ultra & Note 20: Semua yang anda perlu tahu
Share on FacebookShare on Twitter

Acara Samsung Unpacked 2020 kali ini menyaksikan pelancaran siri Samsung Galaxy Note 20 bersama-sama sejumlah produk yang lain. Untuk keluarga Galaxy Note, ini adalah iterasi yang ke-11 barisan produk itu. Generasi terdahulu, siri Galaxy Note 10 telah diumumkan pada 7 Ogos 2019.

Seperti tahun sudah, ada dua jenis Galaxy Note dilancarkan. Tapi tatacara penamaannya telah berubah sedikit. Galaxy Note tahun ini mengguna pakai tatacara penamaan siri Galaxy S 20 kerana model yang paling berkuasa diberikan suffix Ultra.



Samsung Galaxy Note 20 Ultra

Kalau tak diambil kira Samsung Galaxy Note Tab 10.1, ini adalah telefon Galaxy Note yang terbesar setakat ini. Ia sedikit besar berbanding Galaxy Note 10+ apabila menampilkan paparan sebesar 6.9”.

Di bahagian paparan, ia ada panel Dynamic AMOLED 2X beresolusi QHD+. Panel tersebut ada kadar segar semula 120Hz, sama seperti Galaxy S20 Ultra.



Perubahan fizikal yang terbesar telefon ini adalah S Pen kini telah bertukar tempat ke bahagian kiri manakala butang bunyi dan kuasa terletak di bahagian kanan.

Masih lagi tentang S Pen, Samsung katanya telah merendahkan latensi input stailus ikonik ini menjadi serendah 9ms. Hasilnya, menulis atas skrin Galaxy Note kini rasa seakan menulis atas kertas sebenar.

Atas papan utama, telefon ini diperkasa SoC Exynos 990 5G. Ia ditemani RAM sebesar 12GB dan storan seluas 256GB.

Di bahagian belakang, ia ada konfigurasi trikamera belakang. Kamera utamanya adalah yang ada sensor 108MP. Kemudian, ia ada 2 kamera 12MP masing-masing untuk ultralebar dan telefoto. Telefon ini turut dilengkapi dengan komponen laser untuk membidik fokus.

Di bahagian depan, ia ada kamera selfie 10MP.

Galaxy Note 20 Ultra ada tangki tenaga sebesar 4,500mAh. Ia menyokong pengecasan pantas sehingga 45W. Selain itu, ia turun boleh dicas secara wayarles menggunakan pengecasan berpiawaian Qi pada kadar 15W dan turut boleh mengecas peranti lain secara wayarles melalyu fungsi PowerShare pada kadar 9W.

Samsung Galaxy Note 20

Saudara rapat Galaxy Note 20 Ultra ini ada spesifikasi yang tak kurang hebatnya. Di bahagian terasnya, Galaxy Note 20 tetap diperkasa Exynos 990 tapi berbekalkan RAM seluas 8GB dan storan seluas 256GB.

Di bahagian muka, ia ada panel Super AMOLED sebesar 6.7” pada resolusi FHD+ dengan kadar segar 60Hz. Rupa paras Galaxy Note 20 lebih mirip kepada Galaxy Note 10 Lite berbanding Galaxy Note 20 Ultra.

Beralih ke jabatan pengimejan, Galaxy Note 20 dilengkapi trikamera belakang. Selain kamera utama 12MP, ia juga ada satu lagi kamera 12MP untuk ultralebar, dan kamera periskop 64MP untuk telefoto. Tak seperti versi Ultra, Galaxy Note 20 biasa ini ada teknologi Dual Pixel Autofocus yang lebih berkuasa berbanding autofokus laser.

Selfie pada telefon ini diambil menggunakan kamera bersensor 10MP.

Perkara ini mungkin akan mengecewakan peminat Galaxy Note. Kalau anda nak tahu, kemasa plastik digunakan di bahagian belakang telefon ini. Biasanya, ia ditemui pada telefon dalam kategori mampu milik seperti Galaxy A dan M.

Membekalkan tenaga kepada telefon ini adalah bateri berkapasiti 4,300mAh. Ia mewarisi semua kaedah-kaedah mengecas daripada Galaxy Note 20 Ultra seperti cas masuk berkabel berkadar 45W, wayarles berkadar 15W, dan mengecas keluar melalui PowerShare pada kadar 9W.

Tags: samsungsamsung galaxysamsung galaxy noteSamsung galaxy note 20 ultrasamsung galaxy note20Samsung galaxy note20 ultra
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Samsung Galaxy Note 20 Ultra & Note 20: Semua yang anda perlu tahu

Samsung Galaxy Note 20 Ultra & Note 20: Semua yang anda perlu tahu

5 August 2020
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER