• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy Watch 3 kembali dengan bingkai berputar

  • OLEH Najib
  • 5:34 am
  • 06/08/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung turut memperkenalkan jam pintar generasi baru mereka, Galaxy Watch 3 di pentas yang sama dengan Galaxy Note 20. Jam pintar ini mengekalkan ciri ikonik yang hanya terdapat di siri Galaxy Watch, iaitu bingkai jam berputar.

Terdapat dua saiz muka jam yang diperkenal untuk Galaxy Watch 3. Satu dengan diameter 45mm dan satu lagi 41mm. Kedua-duanya ditawarkan dengan pilihan sambungan LTE atau Bluetooth sahaja.



Pilihan warna untuk kedua-dua saiz jam juga berbeza. Bagi saiz 45mm, ia hadir dalam warna Mystic Silver dan Mystic Black. Untuk muka jam 41mm pula, ia diberikan pilihan warna tema, Mystic Bronze dan Mystic Silver.

Semua jam pintar ini memiliki badan yang yang diperbuat dari besi tahan karat. Tetapi Samsung turut mengumumkan satu lagi varian istimewa, memiliki badan jam yang diperbuat dari titanium dan pastinya lebih mahal.



Galaxy Watch 3 dengan badan besi tahan karat akan mula dijual di beberapa negara terpilih bermula dari 6 Ogos 2020. Bagi Malaysia, tempahan awal akan dibuka terlebih dahulu, dari 6 hingga 20 Ogos 2020. Tempahan awal ini akan menerima hadiah percuma berupa lapik pengecas wayarles bernilai RM239.

Harga jualan Galaxy Watch 3 di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Samsung Galaxy Watch 3 (41mm) – dari RM1,699
  • Samsung Galaxy Watch 3 (45mm) – dari RM1,799
  • *Harga model Titanium akan diumum menghampiri tarikh jualan

Menurut Samsung, Galaxy Watch 3 kini lebih nipis 14%, lebih kecil 8% dan lebih ringan 15% dari Galaxy Watch yang asal. Walaupun tiada nama Active padanya, jam pintar ini masih dilengkapi pelbagai fungsi kecergasan seperti program latihan kecergasan menerusi Samsung Health, pemantau SpO2 dan VO2 Max, analisa kecergasan dan laporan prestasi kecergasan.

Galaxy Watch 3 ini juga boleh digunakan sebagai alat kawalan jauh bersama peranti yang serasi, termasuk Galaxy Note 20. Antaranya sebagai alat pengawal kamera, persembahan slaid, pemain muzik dan banyak lagi. Pilihan aplikasi yang banyak menerusi Tizen OS turut menjadikan jam pintar ini banyak kegunaan lain.

Secara teknikal, versi 41mm memiliki skrin AMOLED 1.2-inci manakala skrin untuk versi 45mm pula 1.4-inci. Ia memiliki sensor ECG dan pemantau tekanan darah, beserta fungsi kalis air IP68 dan 5ATM. RAM di dalamnya sebesar 1GB dan ia memiliki storan dalaman 8GB yang boleh digunakan untuk menyimpan lagu dari perisian penstriman muzik yang serasi, seperti Spotify.

Selain itu, jam pintar ini juga dilengkapi fungsi pengesan terjatuh, sesuatu yang sekian lama ada di Apple Watch. Fungsi ini membolehkan jam pintar ini mengesan jika pengguna tiba-tiba terjauh dan menghantar notifikasi SOS kepada kenalan yang telah ditetapkan di kala kecemasan.

Fungsi baru yang hadir di Galaxy Watch kali ini adalah keupayaan menjawab panggilan. Jika ada panggilan masuk, pengguna hanya perlu menggenggam tangan untuk menjawab, atau menggoyangkan tangan untuk mengabaikannya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Samsung Galaxy Watch 3.

Tags: samsungsamsung galaxy watch 3
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Galaxy Watch 3 kembali dengan bingkai berputar

6 August 2020
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN