• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Aplikasi MyCar dinyahaktif dan pengguna perlu bertukar ke aplikasi baharu, MyCar SuperApp

  • OLEH Najib
  • 6:55 pm
  • 07/08/2020
  • Komen
Aplikasi MyCar dinyahaktif dan pengguna perlu bertukar ke aplikasi baharu, MyCar SuperApp
Share on FacebookShare on Twitter

MyCar, penyedia perkhidmatan e-hailing kedua terbesar di Malaysia telah menyahaktifkan aplikasi mereka, MyCar. Ini kerana mereka telah melancarkan aplikasi serba baharu yang menawarkan lebih banyak perkhidmatan selain e-hailing.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MyCar, Mohd Noah Maideen, berkata untuk menggunakan aplikasi baru tersebut, pengguna perlu memadam aplikasi lama MyCar. Setelah itu, mereka boleh memuat turun aplikasi MyCar SuperApp yang baru. Beliau meminta agar tiga juta pengguna MyCar sedia ada, untuk memuat turun dan menggunakan aplikasi baharu dengan memadam versi lama.



Perubahan aplikasi ini terpaksa dibuat kerana terdapat perselisahan pendapat dengan pembangun sebelumnya, apabila mahu menjadikannya apikasi pelbagai guna. Untuk meneruskan kelangsungan perniagaan, mereka membuat keputusan untuk membangunkan aplikasi serba baharu.

MyCar SuperApp kini menyediakan empat perkhidmatan berasaskan kenderaan. Selain e-hailing, ia turut menawarkan perkhidmatan pembelian makanan (MyCar Eats), penghantaran bungkusan atau dokumen (MyCar Delivery) dan pembelian barangan rumah (MyCar Shop).



Pengumuman ini dibuat memandangkan masih ramai pengguna tidak mengetahui tentang perubahan baru ini. Pemandu pula mengadu, pengguna yang kurang ini menjejaskan pesanan mereka walau di waktu puncak.

Pada hari biasa sebelum PKP berkuatkuasa, MyCar menerima sekitar 65,000 pesanan sehari di seluruh negara. Bagaimanapun jumlah pesanan telah menurun antara 4,000 ke 5,000 sehari.

Tambahan lagi, Mohd Noah juga memberi jaminan kepada penumpang dan pemandu bahawa data peribadi mereka tetap dilindungi walau berubah aplikasi. Semua data milik Platform Apps Sdn Bhd, yang merupakan pembangun MyCar dan maklumat peribadi pengguna dan pemandu selamat di pelayan syarikat tersebut.

Sumber: Berita Harian

Tags: MyCarMyCar SuperApp
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Aplikasi MyCar dinyahaktif dan pengguna perlu bertukar ke aplikasi baharu, MyCar SuperApp

Aplikasi MyCar dinyahaktif dan pengguna perlu bertukar ke aplikasi baharu, MyCar SuperApp

7 August 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN