• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

PROMO: Terbang dengan tambang tetap domestik hanya RM88 di AirAsia

  • OLEH Najib
  • 4:36 pm
  • 24/08/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Promosi tambang tetap untuk penerbangan AirAsia kini kembali lagi. Tambang dari serendah RM88 sehala ini ditawarkan selama 3 hari sahaja, dari 24 hingga 26 Ogos 2020. Tempoh perjalanan bagi semua penerbangan ini pula bermula dari 1 September hingga 6 Disember 2020, kecuali pada 29 Oktober hingga 1 November 2020.

Harga terendah hanya boleh dinikmati oleh ahli Big, di mana pendaftaran keahlian Big adalah percuma. Ahli Big boleh menempah semua penerbangan di dalam Semenanjung Malaysia, serta di dalam dan antara Sabah & Sarawak dengan tambang tetap sehala pada hanya RM88. Sementara tambang tetap sehala hanya RM188 untuk penerbangan antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Harga tambang ini termasuk semua cukai dan caj tambahan, jadi tiada caj tersembunyi.



Untuk bukan ahli Big, harga tambang tetap ialah RM93 bagi penerbangan di dalam Semenanjung Malaysia, serta di dalam dan antara Sabah & Sarawak. Manakala penerbangan antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak pula ialah RM193.

Tambang Kuala Lumpur – Langkawi hanya RM88 sehala

Ketua Komersial AirAsia, Amanda Woo berkata, “Tawaran pelancongan dalam negeri amat penting untuk memulihkan kembali ekonomi Malaysia berikutan keadaan semasa yang beransur pulih. AirAsia ingin memainkan peranan kami dengan menghubungkan para pelancong ke destinasi pilihan mereka dengan mudah dan tambang berpatutan. Promosi tambang tetap ini tersedia untuk semua tempat duduk dan penerbangan termasuk penerbangan pada hujung minggu.”



“Selain itu, promosi tambang tetap ini tepat pada masanya untuk mereka yang perlu pulang ke Sabah sempena pilihan raya negeri pada akhir bulan September. Kami juga telah mengemas kini pilihan fleksibiliti yang membolehkan para tetamu menukar tarikh penerbangan mereka pada bila-bila masa tanpa bayaran penukaran penerbangan.” ujar beliau.

Bagi mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan kerajaan, penumpang perlu mematuhi langkah-langkah keselamatan baharu di sepanjang perjalanan, termasuk sebelum, semasa dan selepas penerbangan.

Selain itu, penumpang juga perlu mengambil maklum tentang syarat dan keperluan untuk masuk ke Sabah dan Sarawak. AirAsia akan mengemaskini maklumat tersebut di sini.

Jika anda sedang merancang untuk bercuti dalam negara tahun ini, boleh dapatkan promosi tiket harga tetap ini sekarang, selewatnya pada 26 Ogos 2020. Sama-sama kita suburkan kembali ekonomi dalam negara pasca COVID-19.

Sumber: AirAsia

Tags: AirAsia
Najib

Najib

POPULAR

PROMO: Terbang dengan tambang tetap domestik hanya RM88 di AirAsia

24 August 2020
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Hargai penjawat awam: Astro perkenal pakej eksklusif dengan penjimatan sehingga RM960

Hargai penjawat awam: Astro perkenal pakej eksklusif dengan penjimatan sehingga RM960

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER