• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tawaran Umrah Oktober palsu, Arab Saudi masih tutup pintu Mekah dan Madinah

  • OLEH Najib
  • 4:32 pm
  • 01/09/2020
  • Komen
Tawaran Umrah Oktober palsu, Arab Saudi masih tutup pintu Mekah dan Madinah

Muslims pray at the Grand mosque ahead of the annual Haj pilgrimage in Mecca, Saudi Arabia, August 29, 2017. REUTERS/Suhaib Salem TPX IMAGES OF THE DAY

Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan Arab Saudi masih tidak membenarkan umat Islam untuk melaksanakan umrah di Mekah dan Madinah, menurut diplomat Malaysia di Timur Tengah. Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak percaya dengan khabar yang mengatakan rakyat Malaysia boleh mengerjakan umrah pada bulan Oktober.

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Alauddin Mohd Nor, menafikan dakwaan tersebut sambil menasihatkan agar orang ramai memeriksa maklumat yang tepat dan terkini, sebelum merancang untuk mengerjakan umrah.



Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Alauddin Mohd Nor

Beliau turut mengatakan, kerajaan Arab Saudi masih belum mengumumkan tarikh untuk membuka semula kota Mekah dan Madinah untuk mengerjakan umrah, walaupun untuk rakyatnya sendiri atau orang luar. Beliau percaya, ia akan mengambil masa yang lama sebelum kebenaran mengerjakan umrah diberikan semula.

Dalam laporan di Berita Harian, beberapa penyedia perkhidmatan umrah telah mengiklankan di media sosial berkenaan promosi penerbangan untuk umrah, bermula bulan Oktober. Laporan ini turut menyatakan, Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra), Mohd Ali Ab Malek menyedari tentang promosi berkenaan, tetapi tidak pasti sama ada ia diiklankan oleh syarikat yang berdaftar atau tidak.



Bumitra juga masih belum menerima berita, tentang kerajaan Arab Saudi akan membuka semula kota suci umat Islam itu kepada orang ramai seperti sebelumnya. Promosi ini mungkin dilakukan oleh mereka yang terdesak, tetapi diharap orang ramai tidak mudah terpedaya dengannya.

Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan penggantungan visa umrah pada bulan Februari lepas, yang kebiasaannya menarik kedatangan jutaan jemaah setiap tahun. Mereka turut melarang lawatan ke Masjid Nabawi di Madinah dan mengehadkan hanya 10,000 orang dibenarkan mengerjakan haji pada bulan lepas, bagi membendung wabak COVID-19.

Sumber: Malay Mail
Gambar: Reuters

Tags: Arab Saudiumrah
Najib

Najib

POPULAR

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Tawaran Umrah Oktober palsu, Arab Saudi masih tutup pintu Mekah dan Madinah

Tawaran Umrah Oktober palsu, Arab Saudi masih tutup pintu Mekah dan Madinah

1 September 2020
Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

Proton e.MAS 7 2026 pemasangan tempatan dilancarkan, harga dari RM99,800

21 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER