• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerajaan mahu perkenal caj perkhidmatan beli-belah online untuk perangi scammer

  • OLEH Najib
  • 3:34 pm
  • 08/09/2020
  • Komen
Hati-Hati Berbelanja Di Lazada, Terutamanya Sepanjang PKP
Share on FacebookShare on Twitter

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, kerajaan bercadang mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 0.02% kepada pembelian dalam talian, termasuk portal e-dagang, Lazada dan Shopee. Caj ini mungkin dikenakan serendah 20 sen bagi pembelian RM1,000 ke bawah.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Komuniti @ Merdeka di Pengkalan Petah, Bachok. Bagaimanapun katanya, pihaknya belum menetapkan pembelian minimum yang membolehkan caj perkhidmatan itu dikenakan.



“Perkara ini masih dalam perancangan peringkat kementerian sebelum dibentangkan, dan pendekatan ini adalah satu langkah untuk mencari sumber lain yang tidak membebankan rakyat. Pada masa sama, caj perkhidmatan yang dikutip itu akan digunakan untuk penambahbaikan sistem keselamatan komunikasi untuk mengelak scammer dan pencerobohan siber. Ini bukan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana sekarang ini, banyak pembelian dalam talian tidak membayar cukai sekali gus menyebabkan kerugian dan ketirisan hasil kerajaan berlaku. Untuk mengenakan cukai ia rumit dan perlu diluluskan oleh Parlimen menyebabkan kita perlu memperkenalkan caj perkhidmatan ini,” katanya.

Tambah beliau, kos penambahbaikan komunikasi membabitkan perbelanjaan besar. Banyak serangan siber berlaku kebelakngan ini, seperti apa yang terjadi pada Western Union yang mengakibatkan kerugian jutaan ringgit. Sebab itu, sistem keselamatan siber di negara ini perlu dipertingkatkan dan diperkemaskan bagi mengelak ia berlaku.



Sumber: Harian Metro

Tags: Zahidi Zainul Abidin
Najib

Najib

POPULAR

Hati-Hati Berbelanja Di Lazada, Terutamanya Sepanjang PKP

Kerajaan mahu perkenal caj perkhidmatan beli-belah online untuk perangi scammer

8 September 2020
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN