• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo akan lancar edisi istimewa Vivo V20 SE di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 2:44 pm
  • 11/09/2020
  • Komen
Vivo akan lancar edisi istimewa Vivo V20 SE di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Siri V merupakan telefon pintar kelas pertengahan untuk Vivo dan mereka merancang untuk melancarkan satu model baru tidak lama lagi, Vivo V20 SE. SE pada namanya dikatakan singkatan kepada Special Edition atau Edisi Istimewa, dihasilkan untuk pengguna yang mahukan telefon pintar ringan untuk mengambil gambar, atau dipanggil “mobilegraphy“.

Vivo V20 SE akan dilancarkan di Malaysia pada hujung bulan ini, 24 September 2020. Buat masa ini, Vivo telah berkongsikan rupa dan warna yang akan ditawarkan untuk model ini, iaitu hitam dan biru.



Dari gambar yang dikongsikan Vivo, V20 SE datang dengan skrin bertakuk kecil di hadapan, serta tiga kamera di belakang. Kamera belakangnya tertera perkataan 1:1.8-2.4/16-25mm ASPH. Secara ringkas, ia mengatakan kamera ini memiliki apertur antara F1.8 hingga F2.4, serta jarak fokal 16mm hingga 25mm. Jarak fokal sebegini menyatakan tiada kamera telefoto pada telefon ini, tetapi ada kamera ultra lebar.

Gambar ini juga menunjukkan tiada pengimbas capjari di sisi atau di belakang telefon. Dijangkakan skrinnya dari jenis AMOLED dan ia menggunakan pengimbas capjari di dalam skrin.



Sementara tiada apa kelihatan di atas telefon, di bawahnya penuh disusun dengan jek audio 3.5mm, port USB-C dan jeriji speaker. Sukar untuk meneka sama ada speaker pada telefon ini adalah mono atau stereo, tetapi kami jangka ia adalah mono sahaja.

Selain dari gambar ini, Vivo masih belum menyatakan apakah perkakas yang akan digunakan di dalam telefon ini. Terdapat penemuan di laman penanda aras Geekbench, bahawa model Vivo V2022 dikuasakan oleh pemproses laman Snapdragon 665 serta RAM 8GB. Model V2022 ini telah disahkan oleh Vivo Malaysia sebagai Vivo V20 SE menerusi pendaftaran di SIRIM.

Model sebelum ini, Vivo V19 telah dilancarkan di Malaysia bersama cip Snapdragon 712, RAM 8GB dan storan 128GB pada harga RM1,699. Dari maklumat di Geekbench ini, boleh dirumuskan bahawa SE pada Vivo V20 SE bukanlah menandakan ia lebih hebat, tetapi ia dikurangkan kuasanya.

Tags: vivoVivo V20 SE
Najib

Najib

POPULAR

Vivo akan lancar edisi istimewa Vivo V20 SE di Malaysia

Vivo akan lancar edisi istimewa Vivo V20 SE di Malaysia

11 September 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN