• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 7 Pro & Realme 7: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:00 pm
  • 24/09/2020
  • Komen
Realme 7 Pro & Realme 7: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum 2020 melabuhkan tirainya, Realme telah mengambil kesempatan untuk perkayakan penawaran produk mereka di Malaysia dengan dua Realme 7 Pro dan Realme 7.

Realme 7 Pro (8GB + 128GB) dijual pada harga RM1,499. Anda boleh dapatkannya bermula 3 Oktober 2020 dan tempahan untuk milikinya berlangsung hingga 2 Oktober 2020. Setiap tempahan awal akan menerima seunit Realme Buds Q putih.



Platform Shopee juga menerima tempahan untuk pembelian Realme 7 Pro pada 29 September 2020. Jika anda belinya melalui Shopee, anda akan terima seunit Realme Watch untuk gantikan Realme Buds Q.

Realme 7 (8GB + 128GB) dijual pada harga RM1,299. Realme akan mula jual model ini pada 26 September 2020. Tapi, jika anda buat tempahan awal yang berlangsung sehingga 25 September 2020, anda akan terima pengurut leher percuma.



Selain itu, tiada tawaran dalam talian istiewa untuk model bukan Pro di mana-mana platform dalam talian.

Realme 7 Pro

Ini adalah model paling berkuasa dalam kalangan yang dilancarkan. Ia mewarisi SoC Realme 6 Pro iaitu Snapdragon 720G bersama-sama dengan RAM 8GB dan storan sebesar 128GB.

Tapi Realme melakukan beberapa rombakan pada Realme 7 Pro. Di bahagian muka, ia tak lagi diperkasa paparan LCD 90Hz yang dipuji gamers diluar sana sebaliknya diberikan skrin AMOLED 6.4” pada resolusi FHD+ yang tentunya menghasilkan gambar lebih cantik.

Dua kamera selfie terdahulu telah digantikan dengan satu kamera 32MP yang berada di sudut kiri telefon.

Kalau anda nak tonton kandungan multimedia, ia kini dilengkapi konfigurasi speaker stereo dan baterinya telah diperbesar. Malahan, Realme turut berikan SuperDart Charge 65W yang mampu mengisi penuh bateri dengan sangat pantas. 65W adalah yang terpantas setakat ini dalam kalagan telefon pintar.

Di bahagian pengimejan, ia ada kuadkamera belakang. Kombinasi kameranya ialah 64MP, 8MP (ultralebar), 2MP (makro), dan 2MP (bokeh). Realme 7 Pro boleh didapati dalam warna Mirro

Realme 7

Realme 7 asasnya adalah sebuah Realme 6 yang terima naik taraf di SoC dan battery. Jadi, anda terima sebuah telefon sebesar 6.5” FHD+ dengan refresh rate setinggi 90Hz.

Atas papan utama, ia diperkasa SoC MediaTek G95 dengan RAM sebesar 8GB dan storan seluas 128GB. Konfigurasi kameranya sama seperti Realme 7 Pro. Anda beroleh konfigurasi kamera belakang seperti berikut:

  • 64MP
  • 8MP (ultralebar)
  • 2MP (makro)
  • 2MP (bokeh)

Aktiviti selfie anda boleh dilunaskan dengan kamera selfie 16MP. Bateri Realme 7 diperbesar kepada 5,000mAh daripada 4,300mAh tapi ia tidak disertakan dengan pengecasan pantas 65W seperti versi pro, sebaliknya 30W seperti Realme 6 yang lama.

Tags: RealmeRealme 7realme 7 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Realme 7 Pro & Realme 7: Maklumat penjualannya di Malaysia

Realme 7 Pro & Realme 7: Maklumat penjualannya di Malaysia

24 September 2020
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

21 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER