• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme kini jual penimbang dan berus gigi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:14 pm
  • 05/10/2020
  • Komen
Realme kini jual penimbang dan berus gigi
Share on FacebookShare on Twitter

Banyak jenama-jenama telefon kini telah memperluas penawaran produk mereka merentasi sekatar telefon dan salah satunya ialah Realme. Dalam pasaran kita, mereka telah lancarkan Realme Smart Scale dan Realme M1 Sonic Electric Tooth Brush.

Ringkasnya, mereka masing-masing adalah sebuah penimbang berat badan dan berus gigi elektrik.



Realme Smart Scale

Penimbang ini menggunakan kaedah Bio-impedance Analysis (BIA ) untuk mengukur dan menganggarkan beberapa data seperti kandungan lemak dalam badan, komposisi otot, denyutan nadi dan sebagainya. Ada 16 jenis bacaan boleh dimuntahkan penimbang ini.

Semuanya disalurkan pada APP khas untuk dipersembahkan pada anda dalam rupa yang mudah difahami untuk anda menambah baik gaya hidup anda.



Realme Smart Scale boleh menampung beban sehingga 150kg dengan kesensisitfan 50g. Ada juga mode khas yang boleh tukarkan penimbang ini jadi penimbang dapur. Dalam mode tersebut, ia boleh menimbang berat antara 0.05kg hingga 9.99kg.

Berbekalkan 4 bateri AAA, ia boleh beroperasi selama setahun dan ia bersambung dengan telefon melalui sambungan Bluetooth 5.0.

Kalau anda berminat nak dapatkannya, ia dijual pada harga RM99 pada 10 Oktober 2020 di Shopee. Selepas hari itu, harganya akan jadi RM149.

Realme M1 Sonic Electric Toothbrush

Berus gigi ini agak luar biasa mahalnya. Untuk sebuah berus gigi yang diperkasa motor, ia dijual pada harga RM199 dan boleh didapati bermula 10 Oktober 2020 secara eksklusif di Shopee.

Tiada promosi potongan harga padanya seperti produk penimbang tadi tapi anda akan terima seunig Realme Buds Classic dengan setiap pembelian.

Untuk RM199, anda dapat berus gigi yang gunakan materi antikuman sebagai berusnya. Jadi, ia meminimumkan risiko perpindahan bakteria darpada berus gigi ke mulut.

Menurut Realme, produk ini senyap dan tidak mengganggu anda ketika lakukan ritual memerus. Ia cuma keluarkan kurang 60 desibel audio.

Dengan satu isian penuh bateri, ia boleh beroperasi sehingga 90 hari lamanya dengan penggunaan biasa. Bateri 800mAh itu boleh diisi dalam tempoh masa 4.5 jam melalui pengecasan wayarles.

Tags: Realmerealme m1 sonic electric toothbrushrealme smart scale
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Realme kini jual penimbang dan berus gigi

Realme kini jual penimbang dan berus gigi

5 October 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN