• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor lancar jam Watch GS Pro dan laptop MagicBook Pro berprestasi tinggi di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 11:44 am
  • 06/10/2020
  • Komen
Honor lancar jam Watch GS Pro dan laptop MagicBook Pro berprestasi tinggi di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dijanjikan, Honor Malaysia hari ini melancarkan dua produk baru mereka di Malaysia. Produk tersebut ialah laptop MagicBook Pro dan jam pintar Watch GS Pro.

Kedua-dua produk yang baru ini akan mula dijual di Malaysia pada 8 Oktober 2020. Ia boleh dibeli di stor fizikal Honor Experience Store, Stor Online HiHonor, serta stor rasmi Honor di Lazada dan Shopee.



Harga jualan Honor MagicBook Pro dan Honor Watch GS Pro adalah seperti berikut:

  • Honor MagicBook Pro – RM3,599
  • Honor Watch GS Pro – RM999

Honor Malaysia turut menyediakan hadiah percuma untuk pembeli terawal. Bagi laptop MagicBook Pro, pembeli terawal akan menerima hadiah berjumlah RM817 berupa beg laptop, tetikus Bluetooth dan Microsoft 365 (Stor Fizikal, Lazada & Shopee) atau Honor Magic Earbuds (HiHonor).



Pembeli terawal Honor Watch GS Pro pula akan menerima fon kepala Bluetooth Honor Sport Pro, bernilai RM299. Hadiah Percuma ini diberikan selagi stok masih ada.

Honor Watch GS Pro

Dilancarkan di pameran IFA 2020, Honor Watch GS Pro sebenarnya adalah jam pintar yang sama dengan MagicWatch 2, tetapi ia lebih tahan lasak kerana menepati standard ketenteraan MIL STD-810G. Bermakna ia tahan suhu ekstrem, debu dan habuk, gegaran, hentakan, kelembapan, altitud dan banyak lagi.

This image has an empty alt attribute; its file name is 200907-honor-watch-gs-pro-hero-1024x576.jpg

Selain itu, baterinya juga ada jangka hayat lebih panjang, sehingga 25 hari untuk penggunaan biasa atau 47 jam dalam mod penjejak GPS. Selain itu, persamaannya dengan MagicWatch 2 seperti skrin AMOLED 1.39-inci, dikuasakan cip Kirin A1 dan dilengkapi mikrofon serta speaker.

Honor MagicBook Pro

Laptop paling berkuasa dari Honor ini menggunakan pemproses AMD Ryzen 5 4600H bersama RAM DDR4 16GB dan storan SSD NVMe 512GB. Ia memiliki skrin berukuran 16.1-inci HD Penuh serta bateri 56Wh yang boleh bertahan sehingga 11 jam. Pengecasan pantas 65W disokong melalui port USB-C.

This image has an empty alt attribute; its file name is 200905-honor-magicbook-pro-0-1024x588.jpg

Terdapat dua pembesar suara di kiri dan kanan papan kekunci dan ia datang dengan butang kuasa yang memiliki pengimbas capjari terbina di dalamnya. Ia turut dilengkapi kamera boleh sembunyi di dalam papan kekunci serta port lengkap seperti 3 port USB-A, port USB-C, port HDMI dan jek audio 3.5mm.

Tags: honorhonor magic watch gs proHonor MagicBook Pro
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Honor lancar jam Watch GS Pro dan laptop MagicBook Pro berprestasi tinggi di Malaysia

Honor lancar jam Watch GS Pro dan laptop MagicBook Pro berprestasi tinggi di Malaysia

6 October 2020
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER