• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Twitter gantung akaun @MyJAKlM kerana melanggar peraturan

  • OLEH Najib
  • 1:36 pm
  • 06/10/2020
  • Komen
Twitter gantung akaun @MyJAKlM kerana melanggar peraturan
Share on FacebookShare on Twitter

Hangat di Twitter baru-baru ini membincangkan tentang akaun parodi portal berita terkemuka negara. Nampaknya ada pihak lain yang mengambil kesempatan, apabila cuba berbuat perkara yang sama dengan meniru akaun Twitter @MyJAKIM.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengeluarkan kenyataan, merakam penghargaan kepada pihak Twitter atas kerjasama pantas menggantung akaun Twitter @MyJAKlM. Akaun tersebut didapati cuba menyamar sebagai JAKIM dengan niat untuk memuat naik hantaran-hantaran bersifat menghina serta mengandungi ucapan kebencian terhadap agama.



Jika diteliti, akaun yang cuba menyamar itu menukar huruf ‘I’ di dalam MyJAKIM kepada huruf ‘l’ iaitu MyJAKlM. Malah, logo akaun juga diubahsuai menggunakan rekaan dan warna yang serupa. Sekali imbas, pasti ramai berfikir ia adalah akaun MyJAKIM yang sebenar.

  • Akaun palsu
  • Akaun sebenar

Berita parodi dan satira seperti sudah menjadi lumrah masa kini, di mana ia menawarkan cerita yang berbeza dari kisah sebenar untuk menjadi bahan ketawa. Tetapi garis cerita satira dan berita palsu itu dilihat semakin kabur, apatah lagi bila cubaan meniru sesuatu yang rasmi sepenuhnya.



Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dengan kewujudan akaun-akaun palsu sedemikian dan melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk penelitian dan tindakan selanjutnya. Paling penting, semak dahulu sebelum sebar. Tak pasti, jangan kongsi.

Sumber: SKMM

Tags: JAKIMSKMM
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Twitter gantung akaun @MyJAKlM kerana melanggar peraturan

Twitter gantung akaun @MyJAKlM kerana melanggar peraturan

6 October 2020
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Penduduk Johor boleh jimat bil air RM10.50/bulan dengan pelan Jalur Lebar Yes 5G

Penduduk Johor boleh jimat bil air RM10.50/bulan dengan pelan Jalur Lebar Yes 5G

3 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN