• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Apa yang boleh anda beli dengan RM460 selain burger?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:45 pm
  • 08/10/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Anda dah dengar tentang burger RM460? Kalau tak anda bolehlah baca drama itu di sini.

Asasnya, lelaki A pergi ke parti hari jadi perempuan C atas jemputan perempuan B. Tapi, bila tiba di bahagian bil makanan, berlaku perselisihan faham di situ kerana perempuan C harapkan yang lelaki A membayar bahagiannya juga.



Sudahlah kena bayar RM460, dalam parti hari jadi tu dia cuma makan burger bernilai RM88 saja. Daripada keluarkan duit sebanyak itu, lebih baik anda pertimbangkan gajet-gajet ini.

Apa yang boleh anda beli dengan RM460?

Ruang tamu anda perlukan sesuatu yang canggih sebab TV yang anda miliki sekarang tiada fungsi pintar? Anda boleh beli salah satu daripada dua gajet ini untuk bolehkan anda tonton Netflix ataupun cast pelbagai kandungan multimedia yang lain.



  • Mi TV Stick – RM129
  • Mi Box S – RM215
  • Google Home Mini Smart Speaker – RM129
  • Mi Box S & Mi TV Stick
  • Google Home Mini Smart Speaker

Kalau anda nak cari duit lebih dalam tempoh PKP ini melalui kandungan YouTube, anda boleh mula dengan rakam video menarik menggunakan telefon. Ada beberapa aksesori anda perlukan. Misalnya, gimbal untuk pastikan video anda bebas gegaran seperti:

  • Zhiyun Smooth Q2 – RM428
  • DJI Osmo Mobile 3 – RM459
  • Osmo Mobile 3
  • Zhiyun Smooth Q2

Untuk tambah baik kualiti audio pula, anda bolehlah pertimbangkan gajet ini:

  • Boya BY-WM4 Pro K1 Wireless Lavalier – RM385
  • Boya BY-PM700 USB – RM333
  • Boya BY-M1 – RM32 (3.5mm), RM217 (iPhone), RM209 (USB-C)
  • Boya BY-MM1 – RM68

Kemudian, kalau anda seorang yang aktif bersukan, anda tentunya perlukan gajet untuk jejak semua aktiviti tersebut serta temani sesi senaman anda dengan menyalurkan muzik untuk suntik motivasi dalam diri. Berikut adalah cadangan saya:

  • Amazfit GTS – RM456
  • Amazfit GTR – RM460
  • Amazfit Neo – RM147
  • Sony WF-XB700 TWS – RM419

Buat golongan digital nomad yang bergerak kesana-kemari tapi masih perlukan kelengkapan bermobiliti tinggi tanpa korbankan fungsi anda boleh pertimbangkan:

  • Anker PowerPort Atom PD4 – RM449
  • Innergie PowerGear 60C USB-C PD3.0 – RM273
  • Leatherman Wave Plus – RM449

Akhir sekali, apalah salahnya beli kelengkapan rumah yang memungkinkan anda hasilkan burger sendiri di rumah. Sudahlah buatan tangan, anda selamat daripada jangkitan COVID-19. Ini cadangan saya:

  • Panasonic MK-MG1500 Meat Grinder – RM439
  • Russel Taylors XL Bread Maker – RM350

Sumber gambar pemuka

Tags: amazfitankerboyadjiGoogleinntergieleathermanmipanasonicrussel taylorsSonyxiaomizhiyun
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025

Apa yang boleh anda beli dengan RM460 selain burger?

8 October 2020
​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER