• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Ada bajet RM3399, nak beli iPhone 12 mini atau Samsung Galaxy S20 FE

  • OLEH Najib
  • 7:30 pm
  • 15/10/2020
  • Komen
Ada bajet RM3399, nak beli iPhone 12 mini atau Samsung Galaxy S20 FE
Share on FacebookShare on Twitter

Apple baru mengumumkan kedatangan keluarga iPhone 12 dengan harga bermula dari RM3,399. Sudah pasti, harga termurah adalah untuk model paling kecil dan storan paling kecil, iaitu iPhone 12 mini 64GB.

Seperti biasa, mesti ada yang nak bandingkan dengan Android. Pada harga RM3,399, salah satu telefon Android yang boleh anda beli ialah Samsung Galaxy S20 FE. Malangnya, telefon ini hanya ada satu varian storan iaitu 256GB.



Jika anda mencari telefon pintar dengan bajet RM3,399, yang mana pilihan anda? Kita boleh bandingkan setiap aspek kedua-dua telefon ini.

1. CPU

iPhone 12 mini



Dikuasakan cip terbaru Apple A14 Bionic. Tidak dapat disangkal sebagai pemproses telefon pintar paling berkuasa masakini. Kini dengan sokongan 5G, di samping Gigabit LTE, Wifi 6 dan Bluetooth 5.0. Terima satu kad sim nano dan satu lagi e-SIM.

Galaxy S20 FE

Menggunakan cip terbaik ada di Android, Snapdragon 865. Walau bukan terhebat, prestasinya masih tertinggi menghampiri Apple A14 Bionic. Ia juga lengkap dengan semua fungsi seperti 5G, Gigabit LTE, Wifi 6 dan Bluetooth 5.0. Terima dua kad SIM nano.

KEPUTUSAN: iPhone 12 mini menang tipis

2. RAM dan Storan

iPhone 12 mini

RAM tak tahu berapa tapi storan dalaman 64GB, dan tak boleh tambah. Atau tambah RM200 untuk 128GB dan RM600 untuk 256GB.

Galaxy S20 FE

RAM jenis LPDDR5 dan storan UFS 3.1, kedua-duanya terbaik di pasaran sekarang. Storan pun besar sangat 256GB dan sedia terima kad mikroSD sehingga 1TB.

KEPUTUSAN: Galaxy S20 FE menang besar, storan 4x ganda

3. Skrin

iPhone 12 mini

Semua keluarga iPhone 12 kini menggunakan skrin OLED Super Retina XDR. Tapi saiz skrin iPhone 12 mini hanyalah 5.4-inci termasuk takuk sangat besar di dahi. Kadar penyegaran masih kekal di 60Hz.

Galaxy S20 FE

Dilengkapi skrin Super AMOLED, berukuran 6.5-inci, berlubang kecil di dahi. Paling penting, kadar penyegaran 120Hz!

KEPUTUSAN: Galaxy S20 FE menang besar, skrin pun besar.

4. Kamera

iPhone 12 mini

Ada 2 kamera belakang, tanpa kamera telefoto. Ada OIS dan fungsi canggih seperti Deep Fusion untuk tangkap gambar HDR. Night Mode Time Lapse ni menarik. Kamera depan makan takuk besar sangat.

Galaxy S20 FE

Ada 3 kamera belakang dengan OIS. 3x zum optikal dan 30x zum digital. Single Take ada fungsi menarik, guna semua kamera tangkap gambar dan video. Kamera depan resolusi tinggi 32MP.

KEPUTUSAN: Secara teknikal, Galaxy S20 FE menang. Ada kamera telefoto.

5. Bateri

iPhone 12 mini

Apple tak pernah bagitau kapasiti bateri. Tapi secara logik, badan kecil ada bateri kecil. Boleh cas pantas berwayar 15W, wayarles 15W kalau guna MagSafe, wayarles Qi 7.5W. Paling teruk, tak dapat pengecas, kena beli berasingan. Kalau nak beli original dari Apple, harga dia RM99.

Galaxy S20 FE

Bateri besar 4,500mAh, sokong pengecasan pantas berwayar 25W, wayarles Qi 15W dan boleh mengecas wayarles terbalik. Maknanya boleh cas peranti lain secara wayarles, macam fon kepala Galaxy Buds. Kepala pengecas 25W pun ada sekali dalam kotak.

KEPUTUSAN: Galaxy S20 FE menang.

6. Lain-lain

iPhone 12 mini

Speaker stereo Dolby Atmos, kalis air dan debu IP68, iOS 14.

Galaxy S20 FE

Pun ada speaker stereo, kalis air dan debu IP68 dan ada Samsung Pay yang boleh pakai di Malaysia. Masih guna One UI 2.0 dengan Android 10, akan dapat One UI 3.0 Android 11 mungkin tahun depan.

Kesimpulan

Dapat dilihat Galaxy S20 FE mengungguli hampir semua aspek telefon pintar. Kalau nak dikira kalah di CPU, ia bukanlah perbezaan yang jauh. Satu sahaja perkara yang Samsung dikira kalah ialah di sistem operasi.

Kalau pengguna tu dah terperangkap dalam ekosistem Apple seperti memiliki iPad, Macbook dan Apple Watch, pilihan yang ada hanyalah iPhone 12 mini. Galaxy S20 FE tak dapat digandingkan dengan ekosistem Apple.

Tetapi sebagai telefon pintar sahaja, Galaxy S20 FE adalah pilihan yang jelas. Skrin besar 120hz, storan besar dan terima kad mikroSD, kamera telefoto, dan lain-lain. Apa yang ada di iPhone 12 mini, Galaxy S20 FE pun ada dan lebih lagi.

Untuk penulis, sudah semestinya akan memilih Galaxy S20 FE kerana tiada komitmen dengan ekosistem Apple. Kalau anda pula, yang mana satu akan dipilih?

Tags: appleApple iPhone 12 MiniSamsung Galaxy S20 FE
Najib

Najib

POPULAR

Ada bajet RM3399, nak beli iPhone 12 mini atau Samsung Galaxy S20 FE

Ada bajet RM3399, nak beli iPhone 12 mini atau Samsung Galaxy S20 FE

15 October 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER