• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YouTuber Malaysia ini popular dengan video 3D Among Us, miliki lebih 1 juta pengikut

  • OLEH Najib
  • 6:23 pm
  • 23/10/2020
  • Komen
YouTuber Malaysia ini popular dengan video 3D Among Us, miliki lebih 1 juta pengikut
Share on FacebookShare on Twitter

Among Us adalah satu tajuk permainan yang popular kebelakangan ini sehingga menjadi buah mulut di hampir semua platform media sosial, dalam bentuk gambar atau video. Malah, ia turut dihasilkan semula di dalam animasi 3-Dimensi (3D) oleh rakyat Malaysia.

Afiq Aiman atau AAC Dream, seorang pelajar UiTM berusia 21-tahun, telah menghasilkan video pendek bertemakan permainan Among Us, tetapi di dalam animasi 3D. Beliau telah memuat naik hasil video 3D Among Us yang dihasilkannya sendiri, ke saluran YouTube beliau, AAC Dream yang kini memiliki lebih 1.3 juta pengikut.



Animasi 3D Among Us pertama yang dihasilkannya, telah mencapai lebih 3 juta tontonan. Perlu diambil perhatian, animasi 3D ini bukanlah penghasilan semula dari permainan tetapi diolah semula dari penceritaan di luar permainan. Afiq juga tidak menulis skrip animasi ini tetapi menghasilkan animasi 3D menggunakan kisah Among Us dari beberapa penghasil kandungan lain.

Menurut laman Social Blade, saluran YouTube AAC Dream telah mencapai 1 juta pengikut pada bulan Ogos 2020, sebelum mereka mula memuat naik animasi 3D Among Us. Tetapi video tersebut telah membantu mereka menambah lebih 200,000 pengikut dalam tempoh 30 hari.



Afiq Aiman Cool aka AAC

Afiq menggelar dirinya sebagai YouTuber Malaysia, pembuat filem, juru kesan video (VFX) dan juru animasi. Menariknya, Afiq mempelajari cara menghasilkan animasi 3D dari YouTube, di rumahnya sendiri. Afiq memulakan AAC Dream pada tahun 2016, dengan menghasilkan pelbagai video bersama rakan sekolah.

Antara video terawal yang dihasilkannya adalah simulasi Street Fighter dan Fruit Saber. Dia juga memuat naik banyak animasi berasaskan Ejen Ali serta Upin & Ipin, serta beberapa watak adiwira. Saluran Youtube AAC Dream mula menarik perhatian ramai menerusi simulasi permainan Temple Run, kini denga 169 juta tontonan.

Sepanjang waktu itu, Afiq membentuk pasukannya untuk menghasilkan animasi 3D dengan lebih pantas dan efisyen. AAC Dream kini disertai oleh Putera Syafiq (Juru Animasi), Azhar Masli (Pengurus Pemasaran) dan Aiman Nasrullah (Pembangun Web).

Pasukan AAC Dream

Walaupun tidak lagi berseorangan, proses menghasilkan satu video, boleh mengambil masa seminggu untuk disiapkan, walaupun hanya sepanjang seminit. Perkara paling sukar adalah memastikan setiap karakter bergerak dengan lancar.

Afiq menyatakan, kebanyakan penontonnya adalah peminat permainan video yang mahu melihat karakter kegeraman mereka dalam dunia nyata, atau dianimasikan dalam cerita pendek.

Sumber: Cilisos

Tags: among usYouTube
Najib

Najib

POPULAR

YouTuber Malaysia ini popular dengan video 3D Among Us, miliki lebih 1 juta pengikut

YouTuber Malaysia ini popular dengan video 3D Among Us, miliki lebih 1 juta pengikut

23 October 2020
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN