• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Jangan mimpilah nak baiki iPhone 12 anda di kedai luar

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:15 pm
  • 30/10/2020
  • Komen
Jangan mimpilah nak baiki iPhone 12 anda di kedai luar
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda pergi ke laman Apple berkaitan sayangnya mereka dengan alam sekitar, ada macam-macam inisiatif hijau yang tentu sekali mengujakan anda.

Tapi di Kanada, Apple telah menyaman syarikat kitar semula produk Apple kerana menjual semula iPhone yang sepatutnya dikitar semula. Bukankah sepatutnya mereka menyokong amalan kitar semula?



Sumber

Itu hal kitar semula. Bagaimana pula dengan iPhone 12? Katanya sebab mereka buang kepala pengecas daripada kotak iPhone sebab sudah banyak pengecas berada dalam pasaran dan anda boleh gunakannya.

Tapi sedarkah anda yang pengecas Apple USB-C pertama kali diperkenalkan pada iPhone 11 Pro (2019) dan iPad Pro (2015)? Cuba bayangkan berapa banyak kepala USB-C Apple yang ada dalam pasaran berbanding pegencas 5W USB-A zaman batu mereka.



RM99 untuk pengecas USB-C 20W

Sebab jangan mimpi nak baiki iPhone 12 anda di kedai luar

Ini sisi gelap iPhone 12 yang patut anda tahu. Benar, memang iPhone 12 adalah yang paling berkuasa setakat ini dengan cip 5nm pertama industri dan sebagainya. Tapi bila sampai masanya, sudah tentu anda perlu baikinya.

Walaupun iFixit memberikan skor 6 per 10 pada skala mudah baiki untuk iPhone 12, apa yang mereka tidak pertimbangkan adalah jika iPhone tetap beroperasi jika komponennya ditukar ganti.

Satu video YouTube telah mendedahkan penemuannya tentang kebolehbaikian iPhone 12. Memang benar semua komponen iPhone 12 boleh dikeluarkan dan ditukar ganti. Tapi apabila iPhone 12 mengesan komponen tak sama seperti yang dipateri padanya sewaktu keluar kilang, ia tidak mahu menyala.

Kalau menyala pun, ada pelbagai komplikasi lain berlaku seperti:

  • FaceID tak berfungsi
  • TrueTone hilang daripada senarai setting
  • Kamera ultralebar dan potret tak berfungsi

Komponen yang ditukar ganti ini bukanlah daripada yang tak tulen. Dia membeli 2 unit iPhone 12 dan terus tukar gantikan komponen-komponen antara mereka. Pendek kata, iPhone memprogramkan setiap satu perkaksan dalam telefon dengan nombor siri dan menghalang usaha membaikinya daripada pihak ketiga.

Sumber

Tags: appleiphone 12iphone 12 miniiphone 12 proiphone 12 pro max
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Jangan mimpilah nak baiki iPhone 12 anda di kedai luar

Jangan mimpilah nak baiki iPhone 12 anda di kedai luar

30 October 2020
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN