• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dapatkan Galaxy S20 FE 4G dengan diskaun RM400 atau percuma Galaxy Buds+

  • OLEH Najib
  • 1:31 pm
  • 10/11/2020
  • Komen
Galaxy S20 FE 4G lebih murah akan mula dijual pada 11.11
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia kini mengesahkan ketibaan telefon pintar Galaxy S20 FE 4G di Malaysia. Ia akan mula dijual pada 11 November 2020 dengan dua tawaran istimewa.

Galaxy S20 FE 4G akan dijual di Malaysia pada harga RM2,699. Ia dikuasakan pemproses Exynos 990 bersama RAM LPDDR5 8GB dan storan dalaman 128GB, serta menerima kad mikroSD sehingga 1TB.



Khas pada 11 November 2020 sahaja, pembeli Galaxy S20 FE 4G boleh mendapat fon kepala Galaxy Buds+ bernilai RM599 secara percuma, jika membelinya di Stor Online Samsung.

Atau dapatkan diskaun RM400 iaitu membayar RM2,299 sahaja, jika membeli di Stor Rasmi Samsung di Shopee. Tawaran ini juga hanya pada 11 November 2020.



Galaxy S20 FE 4G boleh didapati di dalam tiga warna iaitu Cloud Lavender, Cloud Orange, dan Cloud Red. Ia memiliki badan belakang plastik dengan kemasan kabus yang mengurangkan kesan capjari dan kotoran.

Skrin telefon ini dari jenis Super AMOLED Infinity-O berukuran 6.5-inci, dengan kadar penyegaran 120Hz. Baterinya berkapasiti 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 25W melalui USB-C, serta pengecasan wayarles terus dan terbalik.

Terdapat 3 kamera di belakangnya iaitu kamera utama 12MP F1.8 dengan dwi-piksel AF dan OIS, kamera ultra lebar 12MP F2.2 dan kamera telefoto 8MP F2.4 berkeupayaan zum optikal 3x. Kamera ini turut boleh mengezum digital sehingga 30x. Bagi kamera hadapan, ia menggunakan sensor 32MP F2.0 dan terletak di dalam lubang di atas skrin.

Samsung juga mengekalkan fungsi kalis air IP68 di telefon ini, serta sistem bunyi stereo. Selain itu, ia memiliki pengimbas capjari di dalam skrin serta dilengkapi WiFi 6 dan Bluetooth 5.0.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman produk Samsung Galaxy S20 FE.

Tags: 11.11samsungSamsung Galaxy S20 FESamsung Galaxy S20 FE 4G
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Galaxy S20 FE 4G lebih murah akan mula dijual pada 11.11

Dapatkan Galaxy S20 FE 4G dengan diskaun RM400 atau percuma Galaxy Buds+

10 November 2020
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN