• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PROMO: Beli iPhone 12 dengan diskaun RM400 di Shopee tapi bersyarat

  • OLEH Najib
  • 11:29 pm
  • 12/11/2020
  • Komen
PROMO: Beli iPhone 12 dengan diskaun RM400 di Shopee tapi bersyarat
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas seminggu dibuka untuk tempahan awal, keluarga iPhone 12 akan mula dijual di Malaysia bermula 13 November 2020. Jika anda berminat membelinya dalam talian tanpa perlu keluar dari rumah, anda boleh mendapatkannya dari platform e-dagang Shopee.

Terdapat tiga pengedar sah Apple membuka kedai mereka di Shopee, iaitu Machines, Senq dan Switch. Ketiga-tiga kedai ini menawarkan iPhone 12 tetapi tidak semua model ada dijual.



Senq dilihat menyediakan semua model iPhone 12 untuk dibeli, diikuti Machines yang menjual semua model kecuali iPhone 12 Pro Max. Manakala Switch hanya menjual iPhone 12 mini dan iPhone 12.

Menariknya, Shopee ada menawarkan diskaun sehingga RM400 untuk membeli iPhone 12. Tetapi pengguna perlu menebus baucar terlebih dahulu dan membayar menggunakan kad debit/kredit dari bank tertentu.



Senarai baucar yang boleh ditebus bersama bank yang berkenaan adalah seperti berikut:

  • Alliance Bank – Diskaun RM300 Perbelanjaan Minimum RM3.5k
  • Alliance Bank – Diskaun RM100 Perbelanjaan Minimum RM1.5k
  • Standard Chartered – Diskaun RM400 Perbelanjaan Minimum RM4.5k
  • Standard Chartered – Diskaun RM300 Perbelanjaan Minimum RM3.5k
  • UOB Bank – Diskaun RM300 Perbelanjaan Minimum RM4k

Setiap pengguna hanya boleh menggunakan salah satu dari baucar di atas dan hanya sah digunakan di Stor Machines, Senq dan Switch di Shopee sahaja. Kuantiti baucar ini terhad, jadi siapa cepat sahaja boleh menggunakan baucar diskaun ini.

Sebenarnya, baucar ini tidak terhad kepada pembelian iPhone 12 sahaja. Ia boleh digunakan untuk membeli apa jua produk di stor tersebut, seperti iPhone model lama, iPad, Apple Watch, Mac serta aksesori. Asalkan mematuhi terma dan syarat baucar tersebut.

Ansuran tanpa faedah sehingga 18 bulan

Selain itu, pembeli di stor pengedar sah Apple yang terlibat ini juga boleh membeli secara ansuran tanpa faedah sehingga 18 bulan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk menebus baucar diskaun ini dan mendapatkan maklumat lanjut tentang terma dan syarat, layari laman khas Apple di Shopee.

Tags: appleApple iPhone 12
Najib

Najib

POPULAR

PROMO: Beli iPhone 12 dengan diskaun RM400 di Shopee tapi bersyarat

PROMO: Beli iPhone 12 dengan diskaun RM400 di Shopee tapi bersyarat

12 November 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN