• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jangan sembur vape ke dalam Xbox Series X

  • OLEH Najib
  • 1:45 pm
  • 13/11/2020
  • Komen
Jangan sembur vape ke dalam Xbox Series X
Share on FacebookShare on Twitter

Selain Sony Playstation 5, satu lagi konsol permainan yang baru mula dijual adalah Microsoft Xbox Series X. Tetapi jangan menaruh harapan yang tinggi untuk memilikinya, kerana ia tidak dijual secara rasmi di Malaysia.

Bagaimanapun, terdapat beberapa klip video telah tersebar di media sosial yang menunjukkan asap berkepul-kepul keluar dari Xbox Series X. Ramai yang menyangka ia adalah masalah dari dalam konsol tersebut, disebabkan terlampau panas sehingga menghasilkan asap.



https://twitter.com/scarn0ne/status/1326432200930234370

Xbox Series X users are reportedly facing hardware issues on launch day, as multiple consoles start to smoke.#XboxSeriesX #Xbox pic.twitter.com/nMLlxoFmbc

— VorrTechs (@VorrTechs) November 11, 2020

Tetapi realitinya bukanlah begitu.

Asap yang keluar dari Xbox Series X itu sebenarnya adalah wap air yang dihembus dari vape. Disebabkan konsol tersebut menyedut angin dari bawah dan menghembusnya ke atas, sebarang asap yang ditarik dari bawah akan kelihatan keluar dari atas konsol.



Di dalam video di bawah, ia menunjukkan bagaimana asap vape dihembus di bawah konsol dan ditarik keluar ke atas.

UPDATE

I would let you know to all English community because I saw some of English audience not clear with my video, the video is trying to EXPLAIN how videos of "Xbox on fire" are FAKE and how with a VAPOR you can make like is on fire even if is "OFF"

I'm not trying to say

— Xbox Studio (@XboxStudio) November 12, 2020

Menurut Microsoft, perkara ini tidak patut dilakukan, kerana ia boleh merosakkan konsol. Ini kerana asap vape sebenarnya adalah wap air dan ia boleh menjejaskan litar di dalam konsol, jika terlalu banyak air terdapat di dalamnya.

We can't believe we have to say this, but please do not blow vape smoke into your Xbox Series X.

— Xbox (@Xbox) November 11, 2020

Walau bagaimanapun, konsol terlampau panas masih boleh terjadi jika ia tidak diletakkan di tempat yang sesuai. Pastikan ruang udara yang mencukupi di sekeliling serta tidak diletakkan di bawah cahaya matahari secara terus.

Tetapi keluar dengan asap berkepul-kepul hampir tidak logik berlaku di dalam konsol, kerana ia tidak memiliki bahan mudah berasap seperti belerang atau bateri di dalamnya. Kalau terlalu panas, ia mungkin meletup dan terbakar dengan asap yang sedikit.

[Sumber: The Verge]

Tags: Microsoftmicrosoft xbox series x
Najib

Najib

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Jangan sembur vape ke dalam Xbox Series X

Jangan sembur vape ke dalam Xbox Series X

13 November 2020
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER