• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Singapura dan Hong Kong akan mula buka sempadan udara antara keduanya mulai 22 November

  • OLEH Najib
  • 12:07 pm
  • 16/11/2020
  • Komen
Singapura dan Hong Kong akan mula buka sempadan udara antara keduanya mulai 22 November

A Singapore Airlines passenger jet taxis along the tarmac as it arrives at Changi International Airport terminal in Singapore on June 8, 2020, as Singapore prepares to reopen its borders after shutting them to curb the spread of the COVID-19 novel coronavirus. (Photo by Roslan RAHMAN / AFP) (Photo by ROSLAN RAHMAN/AFP via Getty Images)

Share on FacebookShare on Twitter

Hong Kong dan Singapura adalah dua bandar yang bergantung tinggi pada perdanganan antarabangsa dan perlancongan. Akibat penularan COVID-19, kedua-duanya menerima kesan yang teruk akibat sekatan pergerakan antarabangsa. Apatah lagi mereka tidak mempunyai penerbangan domestik, menjadikan syarikat penerbangan seperti Singapore Airlines dan Cathay Pacific mengalami kerugian yang sangat besar.

Bagaimanapun, penerbangan antara dua bandar ini akan dipermudahkan apabila kedua-dua kerajaan telah bersetuju untuk mengadakan penerbangan udara terkawal, bagi menggantikan kuarantin 14-hari COVID-19. Penerbangan ini akan diadakan secara beberapa hari seminggu dari 22 November 2020, dan ditingkatkan kepada harian mulai 7 Disember 2020 jika berjalan lancar.



Sumber: Bloomberg

Seramai 200 orang akan dibenarkan berada di dalam satu pesawat, selepas mengikuti beberapa syarat dan peraturan yang ditetapkan. Antaranya perlu berada di Hong Kong atau Singapura 14 hari sebelum berlepas dan membuat ujian saringan COVID-19 dalam tempoh 72 jam sebelum penerbangan. Selain itu, penumpang perlu membuat permohonan perjalanan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum penerbangan. Jika penumpang didapati positif COVID-19 di mana-mana bandar, mereka perlu menanggung sepenuhnya kos perubatan.

Menteri Pengangkutan Singapura, Ong Ye Kung mengatakan, perjalanan sebegini adalah pertama seumpamanya di dunia, dan ia mungkin akan menjadi rujukan negara lain jika berjaya. Bagaimanapun, masih ramai mungkin berasa ragu-ragu pada permulaannya, tetapi pasti akan beransur-ansur percaya dan mula terbang semula dengan program ini.



Naib Presiden Eksekutif Singapore Airlines, Lee Lik Hsin menjelaskan, “Kami sangat teruja untuk menjayakan perjalanan terkawal ini. Banyak perkara perlu dipertimbangkan dari kerajaan dan pihak berkuasa, jadi akan ada beberapa tahap sekatan perlu dipatuhi.”

Singapore Airlines Airbus A380. Sumber: Bloomberg

Harga tiket penerbangan antara Hong Kong dan Singapura telah meningkat, dengan harga terendah kelas ekonomi Singapore Airlines pada bulan Disember naik dari SGD 557 (~RM1,703) ke SGD 678 (~RM2,073) di laman web. Singapore Airlines tidak merancang untuk menggunakan pesawat superjumbo mereka, Airbus SE A380 dalam penerbangan terkawal kali ini.

Jika program ini menunjukkan hasil yang memuaskan, Malaysia juga boleh memulakan penerbangan terkawal antara bandar tanpa perlu kuarantin wajib 14-hari. Tetapi Malaysia perlu berusaha dahulu menyelesaikan pembukaan sempana antara Singapura dan Johor sebelum cuba mengadakan penerbangan terkawal ini.

[Sumber: Bloomberg]
[Sumber Gambar: Bloomberg]

Tags: COVID-19
Najib

Najib

POPULAR

Singapura dan Hong Kong akan mula buka sempadan udara antara keduanya mulai 22 November

Singapura dan Hong Kong akan mula buka sempadan udara antara keduanya mulai 22 November

16 November 2020
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN