• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

COVID-19: Malaysia catat rekod baharu kes positif melebihi 2,000 pesakit

  • OLEH Najib
  • 6:53 pm
  • 24/11/2020
  • Komen
COVID-19: Malaysia catat rekod baharu kes positif melebihi 2,000 pesakit
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia hari ini terus mencatat rekod baharu penularan wabak COVID-19, apabila buat pertama kalinya kes baharu dicatatkan melebihi 2,000 kes. Sebanyak 2,188 kes baharu direkodkan hari ini, di samping 1,673 kes sembuh juga tertinggi pernah dicatatkan.

Status Terkini COVID19, 24 Nov 2020

Kes sembuh=1,673
Jumlah kes sembuh=44,153 kes
Kes baharu positif=2,188 kes
(kes import=0 kes tempatan=2,188)
Jumlah positif=58,847 kes
Kes kematian=4
Jumlah kes kematian=341 kes
Kes dirawat di ICU=112 kes
Bantuan Alat Pernafasan=49 kes pic.twitter.com/WiCGOeW0PI

— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) November 24, 2020

Kes tertinggi hari ini dicatatkan di Selangor, dengan 1,623 kes yang kebanyakannya hadir dari Kluster Teratai. Kluster ini membabitkan pekerja syarikat Top Glove, di mana kerajaan telah mengarahkan penutupan 28 kilang Top Glove secara berperingkat bagi membolehkan semua pekerjanya menjalani ujian saringan dan kuarantin.



Sementara itu, 4 kematian akibat COVID-19 dicatat hari ini, seorang di Pulau Pinang dan tiga orang di Sabah. Kesemuanya adalah warganegara Malaysia kecuali seorang bukan warganegara, meninggal di Hospital Tawau, Sabah.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) menyeru pihak majikan untuk memainkan peranan lebih besar bagi bersama-sama menangani penularan COVID-19 di Malaysia. Bagi industri yang menggunakan banyak tenaga kerja daripada kalangan bukan warganegara, majikan bertanggungjawab menyediakan tempat kediaman pekerja yang kondusif serta memastikan pekerja mereka sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan penularan COVID-19 di kediaman dan tempat kerja.



Antara amalan-amalan yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut:

  • Pemeriksaan suhu badan dan gejala sebelum memasuki tempat kerja
  • Penyediaan tempat mencuci tangan atau hand sanitizer
  • Kerap melaksanakan proses pembersihan dan pembasmian kuman terutamanya ruang guna sama
  • Amalan jarak sosial selamat iaitu sekurang-kurangya 1 meter termasuk di ruang kerja dan ruang makan
  • Pastikan pekerja tidak berkumpul di ruang sempit
  • Elakkan terlalu ramai pekerja bersama pada satu masa
  • Pastikan jarak 1 meter semasa pekerja bertutur dengan satu sama lain

[Sumber: KP Kesihatan]

Tags: COVID-19Top Glove
Najib

Najib

POPULAR

COVID-19: Malaysia catat rekod baharu kes positif melebihi 2,000 pesakit

COVID-19: Malaysia catat rekod baharu kes positif melebihi 2,000 pesakit

24 November 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN