• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony janji lebih banyak stok PlayStation 5 tersedia menjelang hujung 2020

  • OLEH Najib
  • 12:18 pm
  • 26/11/2020
  • Komen
Sony janji lebih banyak stok PlayStation 5 tersedia menjelang hujung 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Konsol terbaru keluaran Sony, Playstation 5 (PS5) mendapat sambungan hangat sehinggakan semua tempahan awal habis sekelip mata. Malah, ada pekedai dikhabarkan cuba mengambil kesempatan dengan mewajibkan pembelian aksesori serta perkakas lain, memaksa pembeli membayar harga yang lebih dari yang sepatutnya.

Sehubungan itu, Sony mengesahkan bahawa mereka akan menyediakan lebih banyak stok PS5 di penjual menjelang hujung tahun ini. Menurut Sony, ini adalah pelancaran konsol paling besar pernah mereka adakan dan berterima kasih kepada peminat.



We want to thank gamers everywhere for making the PS5 launch our biggest console launch ever. Demand for PS5 is unprecedented, so we wanted to confirm that more PS5 inventory will be coming to retailers before the end of the year – please stay in touch with your local retailers.

— PlayStation (@PlayStation) November 25, 2020

Bagaimanapun, perkara ini sukar untuk diterjemahkan kepada unit sebenar kerana Sony tidak menyatakan sama ada ia merujuk kepada jualan untuk pengguna, atau hanya stok yang dibeli oleh penjual tetapi belum berada di kedai.

Kekurangan stok PS5 dikaitkan dengan kesukaran penghasilannya, menjadikan unit yang tersedia sangat sedikit berbanding permintaan. Sony juga tidak pernah meletakkan angka, berapakah unit yang dihasilkan dan akan dijual sebelum 2021.



Kekurangan stok konsol terbaru Sony ini turut dikongsi oleh Microsoft, yang juga baru melancarkan konsol terbaru mereka, Xbox Series X dan Series S. Masalah yang sama dilihat dihadapi Microsoft, seperti penghasilan yang sukar mengakibatkan kekurangan stok berbanding permintaan. Bagaimanapun ini bukan masalah di Malaysia, kerana Xbox tidak pernah dijual secara rasmi di sini.

Adakah anda tergolong dalam pembeli terawal, atau masih mencari-cari kedai yang menawarkan stok tersedia PS5 kelak? Jika anda belum tahu, berikut adalah harga rasmi PS5 dan aksesorinya di Malaysia:

  • PS5 Digital Edition – RM1,869
  • PS5 UHD Blu-Ray – RM2,299
  • DualSense Wireless Controller – RM349
  • PULSE 3D wireless headset – RM469
  • HD Camera – RM279
  • DualSense Charging Station – RM149

[Sumber: The Verge]

PS5 masuki Malaysia pada 11 Disember 2020, ini harga rasminya dan bila boleh tempah
Sony Playstation 5: Tempahan awal unit terhad di Shopee
Tags: Sonysony playstation 5
Najib

Najib

POPULAR

Sony janji lebih banyak stok PlayStation 5 tersedia menjelang hujung 2020

Sony janji lebih banyak stok PlayStation 5 tersedia menjelang hujung 2020

26 November 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN