• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini cara pindah keluar screenshot dan video dari Nintendo Switch gunakan kabel USB

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:08 pm
  • 01/12/2020
  • Komen
Ini cara pindah keluar screenshot dan video dari Nintendo Switch gunakan kabel USB
Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya anda memiliki konsol permainan Nintendo Switch, sila periksa konsol tersebut kerana ada kemas kini baharu iaitu firmware versi 11.0.0. Padanya terdapat sejumlah benda baru yang menarik dan dua daripadanya adalah fungsi memindah tangkap layar dan video pendek yang diambil.

Pindah tangkap layar & video keluar

Sebelum kemas kini ini, satu-satunya cara anda boleh keluarkan tangkap layar dan video pendek yang dirakam adalah dengan berkongsi ke laman sosial. Kalau rajin sikit, bolehlah keluarkan kad SD dan masukkan dalam card reader sebelum dipindahkan ke PC.



Tapi kini Nintendo berikan dua pilihan cara perpindahan yang boleh anda gunakan.

Cara yang pertama adalah dengan gunakan kabel USB. Anda boleh sambung kabel USB antara konsol dengan komputer dan aktifkan fungsi on-the-go dalam Setting > Data Management > Manage Screenshot and Videos > Copy to PC via USB Connection.



Laluan yang perlu ditempuhi agak panjang dan ia memberi gambaran yang Nintendo tak ikhlas untuk berikan ciri ini.

Cara yang kedua adalah perpindahan guna Wi-Fi Direct. Cara ini lebih mudah tapi anda perlukan gajet yang boleh baca kod QR kerana kata laluan telah dikod masuk dalam kod QR.

Anda sama ada boleh hantar satu ataupun beberapa gambar menerusi sambungan Wi-FI Direct ini.

Benda baru lain yang boleh anda temui

  • Ada satu ikon baru “Nintedo Dwitch Online” ditambah di halaman HOME.
  • Halaman trending ditambah dalam Profle Page.
  • Ada 12 ikon baru untuk gambar profile ditambah.
  • Sokongan bahasa Portugis Brazil ditambah.

Anda boleh baca butiran kemas kini melalui laman rasmi Nintendo.

Tags: nintedonintendo switch
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Ini cara pindah keluar screenshot dan video dari Nintendo Switch gunakan kabel USB

Ini cara pindah keluar screenshot dan video dari Nintendo Switch gunakan kabel USB

1 December 2020
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER