• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Warga emas antara mangsa ugut sebar gambar, video bogel

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:47 pm
  • 01/12/2020
  • Komen
Warga emas antara mangsa ugut sebar gambar, video bogel
Share on FacebookShare on Twitter

Rakyat Malaysia lelaki dan wanita terus menjadi mangsa ugutan siber impak daripada kecuaian diri sendiri, ada dalam kalangan mereka diugut oleh individu yang dikenali untuk menyebarkan gambar sensitif atau gambar bogel mereka yang pernah mereka kongsikan. Hal ini dilakukan bagi memalukan mangsa dan sekaligus sebagai sumber untuk mendapatkan sejumlah wang.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat sebanyak 180 laporan kes aktiviti pemerasan melibatkan penyebaran video dan gambar bogel dicatatkan sepanjang tahun ini. 110 kes daripadanya membabitkan individu tidak dikenali menghantar video untuk mengganggu mangsa.



Datuk Fadzil Ahmat. Sumber: Utusan

Dalam pada itu, 42 kes atau 23% daripada jumlah kes adalah melibatkan individu yang dikenali mangsa termasuklah bekas suami atau teman lelaki. 28 kes lagi melibatkan mangsa diperdaya dengan sindiket iaitu mencari kenalan melalui laman sosial sehingga memperdaya mangsa untuk memberikan video aksi lucah.

Sendiket akan merekod video serta gambar-gambar lucah mangsa kemudian mereka akan meminta wang RM10,000 sehingga RM20,000. Sekiranya mangsa tidak membayar, maka mereka akan menybarkan gambar dan video mangsa di media sosial, ahli keluarga serta rakan mangsa.



Mangsa terdiri daripada pelbagai peringkat usia termasuklah warga emas. Aplikasi media sosial yang digunakan dalam aktiviti ini adalah seperti Wechat, Facebook, Michat, WhatsApp dan laman sesawang seperti Godate2night, Locanto.Asia dan beberapa platform internet yang lain. Gambar serta video tersebut dikongsi mangsa sejak Januari hingga November tahun ini.

Masyarakat perlu bijak dalam menggunakan internet dan aplikasi yang ada. Jangan mudah teperdaya dengan permintaan pelik meskipun daripada individu yang anda percaya. Anda boleh jadi mangsa sekiranya anda tidak menggunakan internet dengan sebaiknya.

[Sumber: Awani, Bernama]

Tags: Polis Selangor
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Warga emas antara mangsa ugut sebar gambar, video bogel

Warga emas antara mangsa ugut sebar gambar, video bogel

1 December 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER