• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

COVID-19: NADMA tambah katil di hospital, sedia buka semula PKRC MAEPS

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:46 am
  • 02/12/2020
  • Komen
COVID-19: NADMA tambah katil di hospital, sedia buka semula PKRC MAEPS
Share on FacebookShare on Twitter

Gelombang ketiga penularan COVID-19 di negara ini memperlihatkan jumlah kes berada pada angka ribuan hampir setiap hari. Di Selangor sahaja, pada 1 Disember 2020, terdapat sebanyak 891 kes positif COVID-19 daripada pelbagai kluster.

Dalam pada itu, melalui satu program temubual, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, mereka bersedia mengaktifkan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah MAEPS (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang sekiranya jumlah katil di kemudahan kesihatan sedia ada tidak mencukupi.



Dalam pada itu, mereka sedang mebantu KKM meningkatkan jumlah katil di kemudahan kesihatan yang sedia ada. Antaranya di Hospital Kuala Lumpur, Pusat Kawalan Kusta Negara di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Rehabilitasi Cheras.

Beliau menegaskan bahawa, jika pelaksanaan rawatan pesakit dilakukan di hospital, petugas bagi kes Covid-19 sudah tersedia dan barisan petugas perubatan boleh menggunakan kemudahan yang ada termasuklah makmal yang akan membuat uji kaji atau ujian di sana. Ianya lebih mudah.



Jika perlu ke MAEPS, semua kemudahan perlu dibawa dan memerlukan lebih kurang 670 orang lagi sebagai petugas. Walau bagaimanapun, agensi itu bersedia membuka semula pusat tersebut, tertakluk kepada keputusan Kementerian Kesihatan (KKM). Mereka hanya memerlukan masa tiga ke empat hari sahaja untuk melaksanakannya kerana sudah berpengalaman.

PKRC dahulunya beroperasi secara rasmi pada 16 April 2020 dan menerima pesakit pertama pada 21 April 2020. Ianya kemudian ditutup pada 15 Julai 2020.

Datuk Dr Aminuddin Hassim Sumber: Nadma

NADMA Bersedia Hadapi Bencana Banjir

Datuk Aminuddin turut mengulas mengenai persiapan bencana banjir ketika pandemik COVID-19, beliau menyifatkan bencana kali ini agak ‘unik’ berikutan perlu menghadapi dua bencana pada satu masa.

NADMA telah merangka beberapa gerak kerja dan persediaan menghadapi banjir. Antaranya melaksanakan SOP sebelum, semasa dan selepas mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah dari pusat pemindahan sementara (PPS) masing-masing. Contohnya ialah mangsa perlu memakai pelitup muka dan sentiasa menjaga penjarakan fizikal.

Mereka juga telah membuat beberapa perbincangan dengan agensi yang terlibat seperti membuat simulasi persediaan menghadapi bencana banjir.

Setiap individu perlu memainkan peranan dalam menjaga diri sendiri demi memastikan terhindar daripada bencana yang melanda Negara ini, khususnya mengelakkan diri dari dijangkiti wabak Covid-19.

[Sumber: Bernama, BH]

Tags: COVID-19NADMA
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

COVID-19: NADMA tambah katil di hospital, sedia buka semula PKRC MAEPS

COVID-19: NADMA tambah katil di hospital, sedia buka semula PKRC MAEPS

2 December 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER