• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poster PKPD berakhir 3 Januari adalah palsu, penyebar boleh disaman tidak lebih RM50,000

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:14 pm
  • 04/12/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Penularan berita palsu mampu memberi kesan buruk kepada masyarakat. Kerana dari sudut psikologinya, masyarakat akan menjadi panik sejurus menerima berita tidak sahih itu. Lebih buruk apabila penerima berita palsu tersebut kongsikan berita itu kepada orang lain.

Baru-baru ini tular sebuah poster palsu di media sosial mendakwa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di negeri Selangor, Sabah, Labuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Perak, Terengganu dan Pulau Pinang dilanjutkan dari 6 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021.



Negeri yang tertera di dalam poster tersebut tidak menjalani PKPD, sebaliknya hanya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijadualkan berakhir 6 Disember nanti.

Pada kapsyen itu, Majlis Keselamatan Negara menasihatkan sekiranya anda tidak pasti mengenai sesuatu pengumuman itu, anda jangan kongsikannya kepada orang lain. Masyarakat juga dinasihatkan untuk mendapatkan info yang sahih melalui Telegram Rasmi MKN.



Langkah kenali berita palsu

  1. Semak sumber berita sebelum memanjangkannya – Jika maklumat yang anda terima bersumber seperti ‘daripada adik kepada sepupu saya di sekolah’ atau ‘daripada bapa saudara jiran yang bertugas di hospital’, elakkan daripada menyebarkannya.
  2. Fikir manfaat berita sebelum berkongsi dan memanjangkan maklumat – Kita boleh menilai manfaat di sebalik penyebaran berita tidak pasti. Jika tiada manfaat, maka jangan kongsi.
  3.  Berhati-hati dengan cerita penuh emosi – Berikutan ramai terjejas dalam musim Covid-19 dari segi kesihatan dan kewangan. Akan ada individu yang cuba mengambil kesempatan kononnya ingin mengutip derma untuk keluarga susah dan sebagainya.
  4. Anda boleh periksa kesahihan berita melalui portal Sebenarnya.my atau sertainya di Telegram
  5. Boleh juga dapatkan info melalui aplikasi Telegram, Facebook dan Twitter Majlis Keselamat Negara.

Hukuman sebar berita palsu

SKMM memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu menerusi pesanan ringkas SMS atau media sosial kerana ianya adalah kesalahan di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

  • Jika didapati bersalah, pesalah boleh disaman tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Kegiatan penyebaran berita palsu ini perlu dihentikan kerana ia sememangnya tiada manfaat. Setiap individu perlu berfikir dahulu selepas menerima berita dan jangan terlalu laju apabila hendak berkongsi maklumat yang diterima. Jika tidak pasti, lebih baik jangan kongsi.

[Sumber: MalayMail, BH]

Tags: mknPKPB
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Poster PKPD berakhir 3 Januari adalah palsu, penyebar boleh disaman tidak lebih RM50,000

4 December 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER