• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Masa bila anda perlu guna Maybank MAE?

  • OLEH Penaja
  • 6:49 am
  • 07/12/2020
  • Komen
Masa bila anda perlu guna Maybank MAE?
Share on FacebookShare on Twitter

Artikel ini dibawakan kepada anda oleh Maybank

Zaman teknologi canggih masa ini, semua orang dah gunakan pendekatan dalam talian untuk uruskan pendapatan bulanan. Daripada portal dalam talian yang dibuka melalui pelayar web hinggalah aplikasi dalam talian.

Anda boleh pantau akaun simpanan

Dalam tahun 2020, Maybank hadir dengan satu penyelesaian baharu. MAE adalah sebuah aplikasi yang boleh dimuat turun pada peranti Android dan iOS bagi memudah urusan perbankan anda.

Bilakah masa yang sesuai untuk gunakan MAE?

Masa hari gaji

Aplikasi MAE  mengandungi semua ciri-ciri aplikasi Maybank2u sedia ada malah antara mukanya lebih kemas dan intuitif. Padanya, ada pelbagai urusan boleh dilakukan.

Anda boleh:

  • Pindah wang ke individu
  • Bayar bil utiliti
  • Bayar pinjaman
  • Bayar kad kredit
  • Pantau prestasi Simpanan Berjangka

Masa beli-belah

Dalam aplikasi MAE ada fungsi Scan & Pay. Anda boleh bayar barang yang ada beli daripada kedai yang menyokongnya ataupun menerima pembayaran QR dengan hanya satu imbasan kod QR.

Tak perlu lagi bersusah payah ingat nombor akaun dan tiada alasan lagi untuk lewat bayar hutang.

Masa makan

Kalau anda makan dalam kumpulan yang ramai, biasanya akan ada seorang wakil dahulukan wangnya untuk selesaikan bil makanan. Dengan fungsi Split Bill, ia mempercepat malah melicinkan urusan pembayaran dalam kumpulan.

Kemudian, bila masa mengizinkan, giliran anda pula untuk langsaikan bahagian anda kepada orang yang dahulukan wangnya. Kalau di MAE, anda boleh bahagi kos dalam kalangan yang terlibat.

Anda boleh agihkan secara sama rata ataupun mengikut apa yang dimakannya. Kalau kawan anda buat-buat lupa, ada fungsi mengingatkannya melalui notifikasi telefon.

Masa melabur & menabung

Ini adalah fungsi yang jarang ada pada aplikasi kewangan telefon pintar. Ia menjadikan MAE satu aplikasi yang versatile. Anda boleh gunakan untuk berbelanja, malah anda juga boleh gunakannya untuk didik amalam menyimpan dalam diri.

Ada fungsi Tabung dalam MAE. Apabila anda wujudkan Tabung dalam MAE, anda boleh tetapkan sasaran simpanan dan tempoh simpanan. MAE akan cadangkan kepada anda berapakah yang perlu disimpan setiap bulan untuk capai sasaran tersebut.

Untuk asah lagi disiplin anda dalam menabung, ada ciri-ciri Booster dalam MAE. Ia terbahagi kepada 3 jenis Booster:

  • Spare Change – apabila berbelanja, MAE akan bundarkan jumlah bil anda mengikut amaun yang ditetapkan masuk ke dalam Tabung.
  • Guilty Pleasure – sekiranya anda didapati berbelanja keterlaluan, “denda” akan dikenakan dan ia akan disalurkan masuk ke dalam Tabung.
  • Scan & Save – dalam MAE ada pelbagai promosi cashback. Berbanding salurkan cashback itu masuk ke akaun utama, ia sebaliknya disalurkan ke Tabung untuk bantu anda capai sasaran.

Gunalah MAE pada bila-bila masa

Aplikasi  MAE hasil tangan Maybank adalah satu produk yang versatile. Saya anggapnya sebagai “Super-APP” sebab ada seribu satu ciri berguna terkandung dalamnya. Saya boleh uruskan gaji yang masuk, bayar barang yang dibeli, buru tawaran menarik, dan gunakan fungsi Tabung untuk bantu saya menyimpan.

Paling saya suka adalah setiap sen perbelanjaan saya direkod dan dibentangkan dalam cara yang mudah difahami. Maka, saya boleh mempelajari pola perbelanjaan saya dan seterusnya lakukan ubah suai terhadap gaya hidup untuk disuaikan dengan kemampuan saya.

Aplikasi Maybank2u yang sedia ada masih boleh digunakan tapi di MAE, ia ada semua yang Maybank2u ada dan pelbagai fungsi tambahan lain untuk beri anda pengalaman perbankan yang dipertingkat.

Kemudian, jangan lepaskan peluang untuk mohon kad fizikal MAE. Kad debit ini boleh anda gunakan untuk lakukan transaksi di kedai fizikal mahupun secara dalam talian. Bukan itu saja, ia juga miliki kadar tukaran asing yang rendah bila anda membayar dalam matawang lain.

Jika anda antara yang terawal memohon kad MAE, anda berpeluang beroleh tunai sehingga RM1 juta melalui promosi yang sedang berjalan. Selain itu, caj tahunan RM8 juga akan dikecualikan untuk tahun pertama anda gunakan MAE bila anda berbelanja sebanyak RM30 dengan Kad MAE.

Layari laman rasmi Maybank untuk maklumat lanjut dan jangan lupa untuk muat turun MAE di telefon Android dan iOS anda.

Tags: Maybankmaybank maepenaja
Penaja

Penaja

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Masa bila anda perlu guna Maybank MAE?

Masa bila anda perlu guna Maybank MAE?

7 December 2020
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER