• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

RM30 kredit Boost percuma bagi frontliners, serta peluang menang iPhone 12 Pro di kempen akhir tahun Yoodo

  • OLEH Najib
  • 12:33 pm
  • 08/12/2020
  • Komen
RM30 kredit Boost percuma bagi frontliners, serta peluang menang iPhone 12 Pro di kempen akhir tahun Yoodo
Share on FacebookShare on Twitter

Yoodo, penyedia perkhidmatan talian mudah alih digital, mengumumkan dua promosi baru mereka bagi meraikan penghujung tahun 2020. Baru-baru ini, Yoodo telah mengakhiri promosi RM20 20GB mereka dan menggantikannya dengan promosi Double Special bermula 1 Disember 2020.

Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo berkata, “2020 merupakan tahun yang sukar bagi kebanyakan masyarakat, tetapi Yoodo ingin menawarkan sebanyak mungkin hadiah kepada pengguna kami. Untuk mengakhiri tahun ini, kami ingin menyebarkan keceriaan dan menzahirkan rasa syukur kepada petugas-petugas barisan hadapan dan pengguna setia kami.”



1. Ho! Ho! Holiday Giveaway

Musim perayaan pada hujung tahun ini diraikan Yoodo dengan kempen cabutan bertuah Ho! Ho! Holiday Giveaway. Ia menyediakan ganjaran kepada pengguna sedia ada Yoodo dengan pelbagai hadiah menarik.

Untuk melayakkkan diri di dalam cabutan bertuah ini, pengguna Yoodo perlu menepati syarat yang telah ditetapkan mengikut kategori hadiah. Pemenang bertuah akan dipilih untuk menerima hadiah-hadiah istimewa ini. Kempen ini berakhir pada 31 Disember 2020.



Senarai hadiah dan syarat penyertaan adalah seperti berikut:

  • 2x Apple iPhone 12 Pro – Belanja RM80 dan ke atas dalam satu transaksi
  • 2x Samsung Galaxy S20 Plus – Belanja RM50 dan ke atas dalam satu transaksi
  • 3x Apple AirPods Pro – Langgan mana-mana pelan tanpa had
  • 3x 1,500 Diamonds Mobile Legends: Bang Bang – Langgan data asas 5GB + MLBB tambahan
  • 3x RM100 kredit Boost – Pembelian data booster 7GB
  • 3x Power Bank Pineng – Langgan 2 kali Power Pass 3 jam

2. Raikan Wira-Wira Kita

Promosi seterusnya diadakan khas untuk memberi penghargaan kepada petugas-petugas barisan hadapan. Melalui inisiatif Raikan Wira-Wira Kita, Yoodo akan memberikan RM30 kredit Boost secara percuma, kepada 500 petugas barisan hadapan terawal yang melanggan Yoodo. Kredit ini boleh digunakan untuk melanggan pelan Yoodo.

Senarai petugas barisan hadapan Yoodo agak meluas, iaitu:

  • Ahli perubatan
  • Pemandu e-hailing (GrabRide, MyCar)
  • Penghantar makanan (Foodpanda, GrabFood, KFC, McDonald’s, Domino’s Pizza)
  • Angkatan Tentera Malaysia
  • Polis Diraja Malaysia
  • Jabatan Imigresen
  • Jabatan Bomba & Penyelamat
  • Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
  • Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
  • Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

Jika anda tersenarai sebagia pekerja seperti di atas, anda boleh memesan kad SIM Yoodo secara percuma, dan isikan maklumat di laman web Yoodo untuk menerima RM30 kredit Boost percuma. Kredit ini akan diberikan selepas kempen tamat. Kempen ini berjalan dari 7-31 Disember 2020.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi terkini Yoodo, layari laman web www.yoodo.com.my.

Bacaan Berkaitan

Promosi terbaru Yoodo sediakan data 2x ganda bermula 1 Disember
Yoodo perkenal plan tanpa had pada harga bermula RM35
Hanya RM1 untuk tambah 20GB data khas Mobile Legends di Yoodo
Tags: yoodo
Najib

Najib

POPULAR

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

Proton e.MAS 5: Harga anggaran RM60K – RM80K, dua varian kini boleh ditempah

7 October 2025
RM30 kredit Boost percuma bagi frontliners, serta peluang menang iPhone 12 Pro di kempen akhir tahun Yoodo

RM30 kredit Boost percuma bagi frontliners, serta peluang menang iPhone 12 Pro di kempen akhir tahun Yoodo

8 December 2020
Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

Tesla Malaysia umum promosi akhir sebelum pengecualian cukai EV tamat

13 October 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER