• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Video Fizi mohon maaf kepada Upin Ipin raih paling banyak retweet di Twitter tahun 2020

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:47 am
  • 10/12/2020
  • Komen
Video Fizi mohon maaf kepada Upin Ipin raih paling banyak retweet di Twitter tahun 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Twitter menjadi salah satu laman sosial untuk pengguna berkumpul sepanjang tahun 2020, ada yang menggunakan Twitter untuk mencari maklumat dan ada juga yang menggunakannya untuk menyebarkan berita gembira.

Sepanjang tahun ini, pengguna Twitter tidak terlepas daripada berkongsi isu yang menarik dan adakalanya tweet tersebut menyentuh emosi sehingga ada yang menjadi tular.



A. Tweet paling popular di Malaysia

  1. Watak Fizi dalam kartun Upin Ipin meminta maaf

Fizi, dari rancangan kanak-kanak hit Upin dan Ipin, mengatakan sesuatu yang menyinggung perasaan kepada kembar Upin Ipin. Kenyataan tersebut juga mampu menyinggung perasaan sebahagian penonton.

Oleh itu, penyiar Les ’Copaque (@lescopaque) membuat video Fizi meminta maaf dan kongsikannya melalui Twitter. Tweet pada 2 Jun 2020 ini mendapat lebih daripada seratus ribu retweet dan lebih seratus lima puluh ribu like. Secara keseluruhan, ini adalah tweet yang paling mendapat perhatian rakyat Malaysia pada tahun ini.



Fizi dah minta maaf 🙏
Upin dan Ipin pun dah maafkan 🥰 pic.twitter.com/yWOKJnpYNb

— Les' Copaque (@lescopaque) June 2, 2020
  1. Seorang kanak-kanak menghargai pemimpin barisan hadapan

Seorang kanak-kanak bernama Lara Khadijah McAfee menulis surat kepada Dr. Noor Hisham Abdullah sebagai tanda penghargaan membantu rakyat Malaysia mengekang wabak Covid-19. Dia turut mengirimkan gelang persahabatan kepada Dr Hisham.

Menariknya, Lara menerima balas surat tersebut secara rasmi daripada Dr Hisham yang disampaikan melalui pesanan WhatsApp. Kisah ini dikongsikan oleh abangya melalu Twitter (@imancullen_). Tweet ini di retweet lebih daripada tujuh pulah lapan ribu kali.

So my lil sister wrote a letter for Dr Hisham and sent it to his office. Then today got a whatsapp message with this pic of the official surat, Dr Hisham punya reply to my lil sis. He is so humble and I respect him a lot with what his contributions for our country. pic.twitter.com/IfXMRNaIDH

— iman (@imancullen_) April 17, 2020
  1. Teguran Dr Hisham kepada masyarakat

Ketua pengarah kesihatan, Dr. Hisham (@DGHisham) meluahkan rasa kesalnya di Twitter apabila SOP tidak dipatuhi oleh masyarakat. Tweet ini mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia dan peroleh lebih daripada tujuh puluh lima ribu retweet.

Sudah terang lagi bersuluh setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia untuk patuh kepada SOP untuk penjarakan selamat sekurang-kurangnya 1 meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan. Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 28, 2020

B. Hashtag (#) paling popular di Malaysia

Hashtag mencerminkan apa yang pengguna Twitter fikirkan. Ianya juga memudahkan pengguna untuk mencari tetang sesuatu yang sedang tular. Berikut merupakan hashtag yang banyak di tweet sepanjang tahun ini.

  1. #covid19

Apabila bercakap mengenai tahun 2020, mustahil untuk tidak bercerita mengenai wabak Covid-19. Oleh itu, #covid19 banyak digunakan di Twitter terutamanya dari akaun kerajaan dan pegawai terpilih mereka untuk mengemaskini isu baharu mengenai wabak tersebut.

  1. #dudukrumah

Dalam hashtag ini, duduk dirumah membawak banyak maksud. Pada awalnya, ia menggesa untuk masyarakat duduk dirumah bagi mengelak jangkitan Covid-19. Kemudian ianya juga digunakan untuk banyak perkara seperti kongsi resepi masakan, meme dan video yang memberi ketenangan.

  1. #kitajagakita

Hashtag ini dimulakan oleh seorang penulis bernama Hanna Alkaf (@yesitshanna). Ianya bertujuan untuk membantu mempermudahkan individu menyumbang atau menawar perkhidmatan mereka secara sukarela semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

C. Akaun hiburan paling popular di Malaysia

Akaun hiburan yang paling banyak ditweet di Malaysia merangkumi artis tempatan dan luar negara. Antaranya seperti artis tempatan Neelofa (@neelofa), artis yang kini melangkah ke peringkat antrabangsa iaitu Yuna (@yunamusic). Rakyat Malaysia juga beralih ke banyak negara lain untuk mengikuti artis pilihan mereka seperti T. Vijay (@actorvijay) dari India, (@ msuppasit, @gulfkanawut, dan @winmetawin) Thailand dan (@arianagrande, @justinbieber) dari AS.

Twitter merupakan satu laman sosial yang boleh mengumpul ramai individu untuk berhubung dan berinteraksi. Laman sosial ini perlu digunakan dengan sebaiknya pada hari ini dan juga tahun-tahun yang akan datang. Hal ini untuk memastikan semua pengguna dapat merasai faedah menggunakan Twitter.

[Sumber: Twitter]

Tags: Twitter
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Video Fizi mohon maaf kepada Upin Ipin raih paling banyak retweet di Twitter tahun 2020

Video Fizi mohon maaf kepada Upin Ipin raih paling banyak retweet di Twitter tahun 2020

10 December 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER