• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

PROMO: Diskaun hingga RM400 untuk miliki ASUS ROG Phone 3 di hujung tahun

  • OLEH Najib
  • 12:41 pm
  • 14/12/2020
  • Komen
ASUS ROG Phone 3 tiada pembaharuan, hanya naik taraf perkakas sedia ada
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu telefon pintar gaming yang diminati ramai tahun ini adalah ASUS ROG Phone 3. Ia telah dilancarkan di Malaysia pada bulan September lepas dan ASUS kini mengumumkan promosi hujung tahun, menyediakan diskaun sehingga RM400 untuk memiliki ROG Phone 3.

Promosi hujung tahun ROG Phone 3 berjalan dari 10 Disember 2020 sehingga 4 Januari 2021. Ia boleh didapati di semua pengedar sah Asus, serta di Lazada dan Shopee. Hanya dua model yang diberikan diskaun dalam promosi ini iaitu:



  • ROG Phone 3 Strix Edition (SD865, RAM 8GB, Storan 256GB) – RM2,999 RM2,699 [Diskaun RM300]
  • ROG Phone 3 (SD865+, RAM 12GB, Storan 512GB) – RM3,799 RM3,399 [Diskaun RM400]

Untuk ROG phone 3 dengan RAM 16GB, tidak pula dimasukkan dalam promosi kali ini. Ia mungkin kerana ketiadaan stok, melihatkan ia tidak tersenarai di Stor Rasmi ASUS di Lazada dan Shopee.

ROG Phone 3 adalah telefon pintar berkuasa tinggi, dilengkapi pemproses Snapdragon 865, RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1. Ia memiliki banyak ciri-ciri khas untuk bermain game seperti lampu RGB belakang, butang bahu, skrin AMOLED 6.59-inci dengan kadar penyegaran 144hz, speaker stereo, bateri besar 6,000mAh dan pengecas pantas 30W.



Aksesori dan kotak ROG Phone 3

ASUS juga memberi pelindung telefon unik dan kipas penyejuk AeroCooler, lengkap di dalam kotak. Jika mahu pengalaman bermain game lebih baik, pelbagai aksesori tambahan seperti alat kawalan dan skrin kedua boleh dibeli dan dipadankan dengan ROG Phone 3.

Untuk mengenali dengan lebih lanjut, saksikan video buka kotak kami di bawah ini.

[Sumber: ASUS]

Bacaan Berkaitan

ROG Phone 3 di Malaysia lebih mahal dari model sebelumnya
ROG Phone 3, set rasmi Malaysia vs set China, apa yang lebih dan kurang?
ASUS ROG Phone 3 tiada pembaharuan, hanya naik taraf perkakas sedia ada
Tags: asusASUS ROG Phone 3
Najib

Najib

POPULAR

ASUS ROG Phone 3 tiada pembaharuan, hanya naik taraf perkakas sedia ada

PROMO: Diskaun hingga RM400 untuk miliki ASUS ROG Phone 3 di hujung tahun

14 December 2020
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN