• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung buka tempahan pembelian Smart Monitor dengan harga promosi, ini maklumatnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:35 pm
  • 14/12/2020
  • Komen
Samsung buka tempahan pembelian Smart Monitor dengan harga promosi, ini maklumatnya
Share on FacebookShare on Twitter

Ini adalah produk yang pertama seumpamanya di dunia. Secara asasnya, ia adalah Smart TV yang dibuang fungsi TV maka, terhasillah Smart Monitor. Kalau anda berminat untuk milikinya, ia sudahpun dibuka tempahannya pada harga seperti berikut:

  • Samsung Smart Monitor M5 27” – RM1,099 RM899
  • Samsung Smart Monitor M5 32” – RM1,299 RM1,099
  • Samsung Smart Moninor M7 32” – RM1,999 RM1,599

Tempahan boleh dilakukan sama ada di Lazada ataupun Shopee.



Sepanjang tempoh tempahan (sehingga 19 Disember 2020), anda ditawarkan potongan harga 20% keatas harga asal. Kalau terlepas peluang, anda terpaksalah belinya pada harga asal. Tempahan akan mula diedarkan seawal 21 Disember 2020.

Samsung Smart Monitor M5 27” & 32”

Smart Monitor M5 hadir dalam dua saiz iaitu 27” dan 32”. Selain daripada beza saiz, spesifikasi antara kedua-dua mereka adalah sama.



Mereka ada panel VA pada resolusi FHD pada refresh rate setinggi 60Hz dan kepantasan renspons 8ms (kelabu-ke-kelabu).

Kegunaannya sama seperti Smart TV yang anda ada di ruang tamu. Ia ada alat kawalan yang boleh terima arahan suara. Kemudian, ada dua port HDMI jika anda nak sambungkan Android Box atau set-top-box yang lain.

Ada juga 2 USB-A yang bertindak sebagai hub untuk anda hubungkan aksesori USB yang lain.

Cumanya, monitor ini tiada jek audio-out, sekiranya anda ingin sambungkan monitor kepada sistem audio yang lebih bertenaga. Anda sebaliknya terpaksa berpuas hati dengan sepasang speaker padanya ataupun gunakan adapter yang pisahkan isyarat video daripada audio sebelum masuk ke monitor.

Sistem operasi Tizen yang didukungnya bolehkan anda pasang macam-macam APP, sama macam boleh ditemui pada TV pintar. APP contohnya Netflix, Hulu, dan servis penstriman lain boleh ditemui pada platform tersebut.

Ia berhubung dengan Internet menggunakan Wi-Fi 5. Untuk produktiviti, ia menyokong Wireless DeX daripada model-model telefon Samsung yang terpilih.

Samsung Smart Monitor M7 32”

Ini adalah Smart Monitor dengan spesifikasi tertinggi dalam kalangan 3 varian yang ditawarkan. Pertama sekali, resolusi paparannya adalah 4K UHD tapi refresh rate dan masa gerak balas adalah sama macam model M5 tadi.

Ia ada port tambahan selain HDMI dan 2 USB-A berbanding M5. Ia turut miliki port USB-C dan menyokong pengecasan pantas USB-PD pada kadar 65W.

Lain-lain spesifikasi adalah sama. Anda beroleh monitor yang diperkasa Tizen OS. Menonton Netflix menerusi sepasang speaker 5W serta Bluetooth 4.2 untuk alat kawalan berhubung dengan monitor.

Tags: samsungsamsung smart monitorsamsung smart monitor m5samsung smart monitor m7
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Samsung buka tempahan pembelian Smart Monitor dengan harga promosi, ini maklumatnya

Samsung buka tempahan pembelian Smart Monitor dengan harga promosi, ini maklumatnya

14 December 2020
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER