• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerajaan Pulau Pinang umum kabel fiber optik sebagai utiliti asas seperti air dan elektrik

  • OLEH Najib
  • 5:20 pm
  • 23/12/2020
  • Komen
Kelewatan pembinaan 5G di Amerika akan melambatkan sokongan 5G di iPhone
Share on FacebookShare on Twitter

Usaha Kerajaan Persekutuan untuk meluaskan capaian internet pantas ke seluruh negara, hanya boleh direalisasikan dengan pemasangan kabel gentian optik di lebih banyak kawasan. Bagi menyokong usaha ini, kerajaan negeri Pulau Pinang memutuskan untuk menjadikan infrastruktur komunikasi, sebagai utliti asas setaraf dengan bekalan air dan elektrik.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Pulau Pinang pada 17 Disember 2020 telah memutuskan agar pihak pemaju kini diwajibkan untuk menyediakan infrastruktur telekomunikasi gentian optik, di dalam mana-mana bangunan atau kawasan skim pemajuan baharu di seluruh Negeri Pulau Pinang. Keputusan ini menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri pertama menguatkuasakan arahan untuk menjadikan komunikasi sebagai salah satu keperluan asas.



Langkah ini bertepatan dengan agenda Kerajaan Persekutuan dalam mengukuhkan sambungan internet menerusi pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). Pembangunan lebih terancang ini boleh menarik minat pelabur kerana kesediaan perkhidmatan komunikasi. Malah, syarikat telekomunikasi juga lebih bersedia menyediakan pelan internet yang menarik.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah menyambut baik dan berterima kepada kerajaan Pulau Pinang atas keputusan ini. Beliau turut mengalu-alukan langkah yang diambil oleh Kerajaan negeri Johor, Kedah dan Melaka yang telah memulakan proses untuk menguatkuasakan polisi ini.



Dengan menjadikan telekomunikasi sebagai utliti asas seperti bekalan air dan elektrik, ia dapat mempercepat usaha untuk meluaskan capaian internet kepada semua penduduk di Malaysia. Dalam dunia serba moden, sambungan internet yang pantas boleh menjadi pemangkin kepada perniagaan alaf baru, yang berkembang pesat di dunia maya.

[Sumber: SKMM, Exco Pulau Pinang]

Tags: Pulau PinangSaifuddin AbdullahSKMM
Najib

Najib

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Kelewatan pembinaan 5G di Amerika akan melambatkan sokongan 5G di iPhone

Kerajaan Pulau Pinang umum kabel fiber optik sebagai utiliti asas seperti air dan elektrik

23 December 2020
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN