• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone 12 akan mula diperkasa panel OLED hasilan BOE

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:55 am
  • 28/12/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa minggu sudah, kami ada laporkan yang Huawei akan hasilkan Mate 40 dalam kuantiti terhad disebabkan beberapa faktor. Sebagai pembekal paparan terlefon tersebut, sudah tentu BOE perlu mencari sumber pendapatan alternatif untuk menutup lompong yang dihasilkan oleh Huawei ini.

Usaha mereka untuk memasarkan panel OLED mereka kepada Apple nampaknya membuahkan hasil apabila pengeluar iPhone itu bakal gunakan panel OLED keluaran BOE pada telefon tersebut.



Penyertaan BOE dalam senarai pembekal komponen untuk iPhone 12 mungkin ada kaitan dengan usaha Apple untuk memenuhi permintaan pelanggan terhadap telefon terhangat mereka itu. Keluarga iPhone 12 semuanya menggunakan panel OLED tidak seperti generasi sebelumnya apabila ada model yang masih gunakan Liquid Retina HD (baca: LCD).

Menjelang 2022, dijangkakan semua iPhone yang akan hadir dalam pasaran adalah yang gunakan panel OLED. Ia jelas memberi petunjuk yang kebergantungan kepada Samsung dan LG sahaja sebagai pembekal tidak cukup.



Semua varian iPhone 12 guna paparan OLED

Setakat ini keterlibatan BOE dalan perniagaan Apple adalah terhad kepada pembekalan panel LCD untuk MacBook dan beberapa model iPad.

Menurut satu laporan, keluarga iPhone 12 didapati nyata lebih laku keras berbanding keluarga iPhone 11. Selepas 24 jam tempahan dimulakan, pengguna menempah sekurang-kurangnya 1.7 juta unit iPhone 12, satu peningkatan sebanyak sekurang-kurangnya 0.5 juta unit semasa iPhone 11 tempoh hari.

Penganalisis menjangkakan yang Apple akan menjual sekitar 65 juta unit iPhone 12 dalam tahun 2020 sahaja. Untuk iPhone 12, Apple mengeluarkan 4 varian yang berbeza daripada segi saiz dan spesifikasi teknikal. 4 varian iPhone 12 yang ada dalam pasaran adalah:

  1. iPhone 12 mini
  2. iPhone 12
  3. iPhone 12 Pro
  4. iPhone 12 Pro Max

[Sumber: PatentlyApple, 9to5Mac, AppleInsider]

Tags: appleboeiphone 12iphone 12 miniiphone 12 proiphone 12 pro max
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

iPhone 12 akan mula diperkasa panel OLED hasilan BOE

28 December 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN