• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Scammer tiru suara anak mintak duit dari bapa, mangsa rugi RM13,000

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:17 pm
  • 28/12/2020
  • Komen
Scammer tiru suara anak mintak duit dari bapa, mangsa rugi RM13,000
Share on FacebookShare on Twitter

Pelbagai taktik digunakan oleh scammer untuk mendapatkan wang dengan cara mudah. Ada yang membuat panggilan dengan menyamar sebagai pihak berkuasa, ada juga yang menghantar pesanan ringkas SMS menawarkan wang tunai atau hadiah lumayan untuk memperdaya mangsa.

Kini, scammer menggunakan taktik samaran sebagai kenalan rapat mangsa untuk mendapatkan wang. Hanya bercakap melalui panggilan telefon, suspek boleh memperdaya mangsa yang kononnya dia ialah anak atau rakan mangsa yang memerlukan wang.



Scammer menyamar jadi anak

Pada 26 Disember 2020, satuk kes berlaku di Rompin, Negeri Sembilan, melibatkan seorang nelayan berusia 59 tahun. Dia menerima satu panggilan telefon pada jam 11 pagi daripada satu nombor yang tidak dikenali. Ketika itu, dia sedang bekerja menangkap ikan di laut.

Mangsa mendakwa, suara pemanggil tersebut seperti suara anak sulungnya. Malah suspek juga memperdaya mangsa bahawa dia ialah anaknya yang telah menukar nombor telefon.



Suspek kemudian meminta mangsa memasukkan wang RM5,000 dengan alasan untuk membeli barang perniagaan. Oleh itu, mangsa meminta bantuan rakannya untuk memindahkan wang ke dalam akaun bank yang diberikan suspek.

Selepas transaksi yang pertama, suspek sekali lagi menghubungi mangsa dan mengatakan bahawa wang yang diterima sebelum itu tidak mencukupi. Dia meminta wang tambahan bernilai RM8,000 daripada mangsa.

Oleh itu, mangsa meminta bantuan majikannya yang berada di darat untuk memasukan wang RM8,000 ke dalam akaun sama. Mangsa menyedari dirinya ditipu ketika menghubungi anaknya apabila kembali ke darat pada hari yang sama. Anaknya menafikan ada menghubungi mangsa untuk meminta wang.

Secara keseluruhannya, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM13,000 dalam kes ini. Dia tampil membuat laporan di Balai Polis Kuala Rompin dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan kes ini, suspek dilihat telah meneliti tentang latar belakang kenalan mangsa sebelum memulakan penyamaran. Suspek tahu, mangsa mempunyai anak lelaki yang merupakan seorang perniaga. Mangsa juga menghubungi suspek ketika waktu suspek sibuk bekerja.

Oleh itu, anda perlu berwaspada apabila mendapat panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali. Siasat dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan dan transaksi wang meskipun individu tersebut mengatakan dia ialah kenalan anda.

Sebagai salah satu langkah keselamatan, anda boleh menggunakan aplikasi seperti Truecaller atau Whoscall. Aplikasi ini akan menapis nombor yang tidak dikenali dan nombor yang meragukan.

[Sumber: Utusan]

Tags: SCAM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Scammer tiru suara anak mintak duit dari bapa, mangsa rugi RM13,000

Scammer tiru suara anak mintak duit dari bapa, mangsa rugi RM13,000

28 December 2020
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER