• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pemandu kurang rehat punca kemalangan kenderaan berat meningkat ketika PKP

  • OLEH Fatin Amanina
  • 9:47 pm
  • 31/12/2020
  • Komen
Pemandu kurang rehat punca kemalangan kenderaan berat meningkat ketika PKP
Share on FacebookShare on Twitter

Buat julung kalinya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menganjurkan Hari Keselamatan 2020 secara maya. Majlis maya tersebut dihadiri lebih daripada 2000 orang peserta dalam kalangan Warga PLUS, syarikat konsesi lebuhraya, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan pelbagai agensi lain.

Majlis ini di anjurkan oleh Jabatan Keselamatan Kesihatan & Persekitaran (HSSE) PLUS buat kali ketiga bertemakan ‘Berubah Bersama’.



Aktiviti Hari Keselamatan 2020

Dalam anjuran majlis maya ini, peserta berpeluang mendengar pandangan serta kupasan topik keselamatan jalan raya dari beberapa individu berpengaruh, antaranya:

  1. Datuk Azman Ismail – Pengarah Urusan PLUS
  2. Tan Sri Lee Lam Thye – Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat (Ikatan)
  3. Pakar Perunding Kanan Psikologi, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM).
  • Datuk Azman Ismail
  • Tan Sri Lee Lam Thye
  • Profesor Madya Dr Amer Siddiq bin Amer Nordin

Mereka mengupas mengenai isu keselamatan jalan raya dan lebuh raya sepanjang PKP dilaksanakan.



Kesan PKP terhadap keselamatan jalan raya

  1. Penghantar makanan melanggar undang-undang jalan raya

Dalam majlis tersebut, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, perintah kawalan pergerakan membuatkan ramai individu bekerja dari rumah, oleh itu ia menyebabkan permintaan perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah menjadi banyak.

Dengan bilangan kenderaan yang rendah di jalan raya, dia melihat ramai yang tergesa-gesa untuk menghantar makanan menyebabkan mereka melanggar undang-undang jalan raya seperti tidak mematuhi lampu isyarat.

  1. Kemalangan kenderaan berat (Kelas 2 & 3) meningkat

Menurut Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail, jumlah kemalangan di lebuhraya PLUS berkurang berikutan pengurangan jumlah trafik ketika PKP.

Namun, kemalangan melibatkan kenderaan berat (Kelas 2 & 3) meningkat sebanyak 5% berbanding tahun 2019. Faktor kemalangan tersebut ialah tempoh bekerja pemandu yang berlanjutan serta kurang mendapat rehat yang cukup.

Langkah memastikan jalan raya selamat

  1. Melaksanakan audit kenderaan

Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Datuk Suret Singh berpendapat langkah audit perlu dilaksanakan terhadap operator kenderaan berat. Ini bagi mematuhi Kod Keselamatan Industri yang juga merupakan komponen penting syarat pengeluaran lesen operator.

  1. Mendekati penghantar makanan

Datuk Suret berkata MIROS telah berbincang dengan pemain industri utama untuk mewujudkan agenda bersama dan pelan tindakan yang sewajarnya untuk mendidik penghantar perkhidmatan makanan, memantau tindakan dan memperbaiki aspek pengawasan.

Impak kesihatan mental terhadap keselamatan jalan raya

Dr Amer Siddiq berkata, era pandemik Covid-19 memberi kesan terhadap kesihatan mental individu, termasuklah di atas jalan raya. Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa kesihatan boleh menyumbang kepada kenaikan jumlah insiden trafik.

Tekanan dan tidur yang tidak mencukupi merupakan isu kesihatan mental yang sering menyumbang kepada masalah di jalan raya dan lebuh raya. Oleh itu, peranan masyarakat untuk mengenal pasti dan mengatasi masalah tersebut amat penting bagi mengelakkan masalah itu daripada terus berlarutan.

SIARAN MEDIAMerujuk kepada pandangan Tan Sri Lee berhubung tindakan sesetengah individu perkhidmatan penghantaran makanan yang sering melanggar undang-undang jalan raya, Datuk Suret berkata perbuatan menukar lorong secara tiba-tiba secara berbahaya serta kegagalan mematuhi lampu isyarat perlulah dibincangkan ke dalam Prosidur Operasi Standard (SOP) yang bakal dilaksanakan. Beliau berkata, MIROS telah berbincang dengan pemain industri utama untuk mewujudkan agenda bersama dan pelan tindakan yang sewajarnya untuk mendidik penghantar perkhidmatan makanan, memantau tindakan dan memperbaiki aspek pengawasan.Selain daripada itu, pendapat Tan Sri Lee dan Datuk Azman tentang impak kesihatan mental terhadap keselamatan jalan raya turut pendapat perhatianDr Amer Siddiq. Menurut beliau, era pandemik Covid-19 juga telah memberi kesan terhadap kesihatan mental. Dr Amer berkata, terdapat banyak kajian telah dilakukantentang impak kesihatan mental terhadap keselamatan jalan raya di mana ia membuktikan bahawa kesihatan boleh menyumbang kepada kenaikan jumlah insiden trafik. Tekanan dan tidur yang tidak mencukupi merupakan isu kesihatan mental yang seringkali menyumbang kepada masalah di jalan raya. Bagi setiap individu, memahami status kesihatan mental mereka berupaya menyelamatkan nyawa mereka dan juga orang lain. Oleh yang demikian, peranan masyarakat untuk mengenalpasti dan mengatasi masalah ini amatlah penting.“Setiap orang mempunyai isu kesihatan mental, tetapi hanya sebahagian daripadanya memerlukan intervensi yang lebih dan khusus kerana ia memberi impak terhadap keselamatan di jalan raya dan lebuh raya. Kita seringkali melihat tabiat pemanduan yang lazimnya berlaku di jalan-jalan bandaran merebak ke lebuhraya. Ini adalah peranan kitasemuahari ini untuk mengatasinya,” kata Datuk Azman.Edisi ketiga Hari Keselamatan PLUS, kalikedua diadakan dengan kolaborasi bersama Ikatan adalah komitmen ke arah membudayakan keselamatan di dalam seluruh eko-sistem lebuhraya dan komuniti sekeliling.

Tags: plus
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Pemandu kurang rehat punca kemalangan kenderaan berat meningkat ketika PKP

Pemandu kurang rehat punca kemalangan kenderaan berat meningkat ketika PKP

31 December 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER