• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Kini masyarakat boleh kesan kawasan potensi banjir dengan mudah melalui aplikasi My Public Info Banjir

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:58 am
  • 06/01/2021
  • Komen
Kini masyarakat boleh kesan kawasan potensi banjir dengan mudah melalui aplikasi My Public Info Banjir
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi My Public Info Banjir, merupakan aplikasi yang direka untuk memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat terperinci berhubung bencana banjir.

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, berkata aplikasi itu menyediakan data banjir untuk 1,500 kawasan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Data adalah tepat dan spesifik melalui penempatan stesen telemetri hidrologi.



Selain itu, lebih banyak stesen telemetri hidrologi bakal ditambah pada masa akan datang bagi membolehkan data banjir diakses membabitkan banyak lagi lokaliti khususnya di kawasan kampung.

Ciri aplikasi My Public Info Banjir

Penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir amat digalakkan untuk memuat turun aplikasi ini, ia bakal membantu anda bersedia menghadapi bencana itu. Anda boleh memuat turunnya di Apple Store dan Play Store.



Sebaik sahaja anda memuat turun aplikasi ini dan membukanya, anda akan lihat paparan seperti di bawah sebelum dapat masuk ke laman utama. Anda boleh langkau dan boleh juga tetapkan lokasi yang anda ingin tahu ramalan banjir (POI) dan amaran automatik.

Namun, apabila saya tekan lokasi POI, hanya 4 negeri pilihan di berikan iaitu Pahang, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan. Sekiranya tiada pilihan Negeri yang anda mahukan, anda masih boleh lihat bacaan paras air dan taburan hujan pada ciri seterusnya.

Terdapat 5 ciri yang disediakan dalam aplikasi ini. Antaranya ialah utama, peta lokasi, notifikasi, SOS dan lokasi pilihan ramalan banjir POI.

1. Utama – Notifikasi bacaan paras air dan taburan hujan

Dalam ciri ini, pengguna akan lihat maklumat takungan paras air sungai sama ada ia berada pada tahap bahaya, amaran, berjaga-jaga atau normal. Selain itu, disediakan juga maklumat taburan hujan di kawasan tertentu.

Cara melihat bacaan paras air dan taburan hujan di lokasi anda

  1. Di ruangan utama, anda akan paparan bacaan paras air dan taburan hujan di bahagian atas untuk lokasi yang anda tetapkan. Manakala di bawah terdapat senarai negeri, lokasi dan kemaskini bacaan tersebut di lokasi mereka.
  1. Untuk tetapkan bacaan di lokasi anda, tekan simbol tetapan yang berada pada bahagian atas kanan.
  2. Pilih Negeri dan lokasi yang anda menetap sekarang kemudian tekan tambah.
  3. Kembali semula ke ruangan utama, pada bahagian atas, anda dapat lihat maklumat paras air dan taburan hujan di lokasi yang anda sudah anda pilih.

2. Peta kawasan

Ciri yang kedua ini membolehkan anda mengetahui aras air di lokasi sekeliling dan lokasi lain. Terdapat 337 lokasi disediakan di sini. Hanya perlu tekan angka yang tertera untuk melihat info mengenai lokasi tersebut.

3. Notifikasi

Notifikasi yang disediakan ialah untuk ramalan banjir, amaran cuaca dan pengumuman umum info banjir. Namun, apabila saya buka ciri ini, tiada sebarang notifikasi di tunjukkan. Mungkin kerana lokasi yang saya sudah tetapkan tidak terlibat dengan banjir atau tiada cuaca buruk.

4. SOS

Nombor talian kecemasan pihak pertahanan awam disediakan di sini. Ini bagi memudahkan mangsa meminta bantuan dengan kadar segara.

5. Lokasi pilihan ramalan banjir POI

Ciri ini hanya boleh digunakan oleh pengguna yang sudah membuat tetapan POI pada awal tadi. Ia melibatkan pengguna daripada 4 negeri iaitu Pahang, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan. Jika anda tidak tetapkan lokasi POI pada awal tadi, anda akan lihat paparan seperti ini sahaja.

Tidak dinafikan, aplikasi ini memang memudahkan orang ramai melakukan persediaan awal bagi menghadapi bencana banjir. Ianya juga berguna untuk melihat data taburan hujan dan aras air di lokasi sendiri.

Namun, aplikasi ini sedikit rumit kerana terlalu banyak ciri yang disediakan. Ia boleh mengelirukan pengguna dengan pelbagai fungsi yang hampir sama. Contohnya, ciri utama dan juga ciri peta kawasan, kedua-duanya menunjukkan lokasi dan data paras air di sesebuah kawasan.

Selain itu, apabila pengguna sudah masuk ke dalam aplikasi dan langkau dari menetapkan POI, tiada pilihan yang disediakan untuk menetapkan lokasi POI itu kembali.

[Sumber: BH]

Tags: Banjir 2021MyPublicInfoBanjir
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Kini masyarakat boleh kesan kawasan potensi banjir dengan mudah melalui aplikasi My Public Info Banjir

Kini masyarakat boleh kesan kawasan potensi banjir dengan mudah melalui aplikasi My Public Info Banjir

6 January 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER