• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Ujian klinikal vaksin COVID-19 fasa-3 di Malaysia: Ini maklumat yang perlu anda tahu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:28 pm
  • 18/01/2021
  • Komen
Pendaftaran vaksin Covid-19 akan dibuka, suntikan dilaksana dalam 3 fasa
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia akan menjalankan ujian klinikal vaksin COVID-19 fasa-3 di Malaysia. Ia adalah yang pertama dan Kementerian Kesihatan sedang mencari 3,000 orang dewasa yang sihat tubuh badan untuk menyertainya. Ujian tersebut akan dijalankan di beberapa buah hospital terpilih di seluruh negara. Objektif yang ingin dicapai adalah mengkaji keberkesanan dan keselamatan vaksin COVID-19.

Ini adalah maklumat ujian yang akan dijalankan menurut FAQ daripada Institute for Clinical Research (ICR).



Siapa yang layak untuk sertai?

Ujian vaksin COVID-19 (NMRR-20-2514-57143) hanya ditawarkan kepada orang dewasa berumur 18 tahun keatas. Peserta mestilah tidak pernah diuji positif COVID-19. Hal ini kerana, COVID-19 perlu dibuktikan berjaya mencegah jangkitan COVID-19, bukannya mengubati.

Semua peserta akan disaring oleh pegawai perubatan untuk menentukan sama ada mereka layak untuk sertainya. Peserta boleh datang daripada keluarga yang sama sekiranya melepasi ujian saringan.



Ujian ini memerlukan sukarelawan daripada pelbagai demografik dan kumpulan untuk memastikan ia berkesan untuk semua lapisan masyarakat.

Jenis vaksin yang akan digunakan

Ujian ini akan menggunakan vaksin daripada jenis virus yang dinyahaktif. Ia dibangunkan oleh Institute of Medical Biologu Chinese Academy of Medical Sciences (IMBCAMS) China. Malaysia adalah negara pertama luar China yang ujian fasa 3 vaksin ini dijalankan.

Cara penghasilan vaksin ini adalah dengan cara membunuh virus menggunakan bahan kimia supaya ia tidak memudaratkan badan. Kemudian ia akan disuntik dalam badan manusia untuk cetuskan gerak balas imunisasi. Konsep ini sama seperti yang digunakan dalam pengasilan vaksin selsema, polio, dan hepatitis A.

Mustahil bagi peserta untuk mendapat jangkitan COVID-19 daripada suntikan vaksin ini. Walau bagaimanapun, mereka masih terdedah kepada jangkitan COVID-19 dari luar.

Vaksin ini disahkan halal dan diperakui JAKIM

Satu sijil halal telah dikeluarkan JAKIM keatas vaksin ini (nombor sijil 2019ILC/L-056052820).

Peserta miliki 50% untuk terima vaksin sebenar

Ini adalah perkara biasa dalam ujian klinikal apabila placebo digunakan tanpa diberitahu peserta. Ia bagi mengekalkan integriti ujian dan dalam masa yang sama memastikan yang memang keberkesanan vaksin ini adalah punca peserta rintang terhadap COVID-19.

Walau bagaimanapun, semua peserta yang menerima dos placebo akan menerima vaksin sebenar selepas vaksin ini lulus untuk pengkomersialan.

2 dos akan diberikan pada peserta

Sepanjang ujian klinikal, peserta akan menerima 2 dos vaksin dengan jarak antara dos selama 14 hari. Vaksin akan diberikan dengan cara suntikan tangan.

Kesan sampingan terhadap vaksin

Peserta mungkin akan mengalami kesan sampingan. Antara kesan yang disenaraikan adalah keletihan radang di sekitar tempat suntikan, demam, cirit-birit, dan lain-lain kesan yang tidak diketahui.

Kesan jangka panjang vaksin ini turut akan dikaji. Sekiranya kesan tersebut timbul dalam masa satu tahun selepas ujian taman, peserta boleh maklumkan kepada pihak ICR dan perbelanjaan pemulihan akan ditanggung oleh pihaknya.

Tiada kuarantin wajib tapi SOP perlu diamalkan

Peserta yang distunik vaksin ini tidak perlu menjalani kuarantin wajib. Namun, mereka masih perlu mengamalkan SOP yang digariskan MKN.

Penyertaan adalah percuma dan pampasan akan diberikan

Peserta tidak perlu membayar apa-apa untuk menyertai ujian ini. Walau bagaimanapun, pampasan akan diberikan untuk masa dan kos pengangkutan yang telah dibelanjakan. Semasa pendaftaran, ICR juga akan menerangkan secara terperinci semua perkara penting termasuklah tentang kebolehan peserta untuk Tarik diri pada bila-bila masa tanpa dikenakan sebarang penalty.

Apa yang peserta perlu lakukan?

Apabila menerima suntikan, mereka perlu menjalani ujian calitan, ujian darah dan air kencing secara berkala. Mereka juga perlu lengkapkan log harian sebagai salah satu data yang akan dikumpulkan.

Sepanjang 12 bulan ujian,peserta tidak dibenarkan untuk mengandung ataupun menderma darah sepanjang tempoh ujian.

Di mana nak mendaftar?

Sebanyak 9 hospital akan menyertai ujian klinikal ini bermula 21 Januari 2021. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi:

  • Hospital Ampang – 016 728 6617
  • Hospital Sungai Buloh – 010 876 7180
  • Hospital Taiping – 019 854 6373
  • Hospital Raja Permaisuri Bainun – 011 6331 1654
  • Hospital Seberang Jaya 014 906 5518
  • Hospital Sultahan Bahiyah – 019 554 4976
  • Hospital Sultan Abdul Halim – 017 793 1938
  • Hospital Pulau Pingan – 014 945 3599
  • Hospital Sarawak Umum – 012 310 8108
Tags: COVID-19covid19vaksin
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pendaftaran vaksin Covid-19 akan dibuka, suntikan dilaksana dalam 3 fasa

Ujian klinikal vaksin COVID-19 fasa-3 di Malaysia: Ini maklumat yang perlu anda tahu

18 January 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER