• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Daftar Unifi Mobile sekarang untuk menangi Galaxy Note 20 Ultra dan banyak hadiah lagi

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:01 pm
  • 19/01/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan muncul tidak lama lagi, Unifi melancarkan satu kempen khas buat pelanggan barunya dan pelanggan yang sedia ada. Kempen tersebut dinamakan kempen ‘Daftar dan Menang’.

Kempen ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia dan bukan warganegara Malaysia juga. Mereka yang ingin menyertai kempen ini perlulah berumur 18 tahun ke atas dan mendaftar atau menaik taraf pelan Unifi Mobile 99 dari 8 Januari sehingga 31 Mac 2021.



Kempen Daftar dan Menang

Untuk menyertainya, pelanggan perlu melanggan pelan Unifi Mobile 99 dalam tempoh kempen yang dinyatakan. Untuk lebih lanjut, anda boleh ikuti cara di bawah:

  1. Dapatkan promosi Unifi Mobile 99 dalam tempoh kempen di sini. Namun, sekiranya anda pelanggan baru dan ingin daftar pakej Unifi Mobile anda boleh lakukannya di sini. Boleh juga melakukan pendaftaran di cawangan TM Point di seluruh Negara.
  2. Setelah menerima kad SIM anda, sila aktifkannya dengan segera untuk menikmati data, panggilan & sms tanpa had.
  3. Seteleh selesai, kekal aktif dan anda boleh menjadi salah seorang yang memenangi hadiah yang disediakan.

Hadiah

Selepas mendaftar, para pelanggan akan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik seperti pin tambah nilai Touch ‘n Go e-Wallet atau telefon pintar terbaharu. Berikut adalah antara hadiah bulanan dan mingguan yang mungkin menjadi milik anda:



Hadiah bulanan

  1. Samsung Galaxy Note 20 Ultra (Harga rasmi RM5,199) – untuk 3 pemenang (satu pemenang setiap bulan)
  2. Samsung Galaxy Note 10 (Harga rasmi RM4,799) – untuk 9 pemenang (tiga pemenang setiap bulan)
  3. Vivo V17 Pro (Harga rasmi RM1,499) – untuk 4 pemenang (1-2 pemenang setiap bulan)

Hadiah mingguan

Untuk hadiah mingguan, peserta layak menerima hadiah pin tambah nilai Touch ‘n Go e-Wallet bernilai RM888 bagi 36 pemenang. 3 pemenang akan dipilih pada setiap minggu. Pemenang bertuah akan dipilih secara rawak dan dihubungi melalui panggilan telefon.

Setiap pelanggan dengan satu MyKad atau passport hanya layak memenangi satu hadiah sepanjang tempoh kempen.

Tawaran yang disediakan dalam kempen ini

Sepanjang tempoh kempen ini berlangsung, terdapat beberapa tawaran yang disediakan khas buat individu yang mengambil bahagian. Antaranya ialah:

  1. Pelanggan Unifi Home Broadband dapat menikmati data, panggilan dan mesej tanpa had, dengan hanya bernilai RM59 sebulan untuk pelan Unifi mobile ini. Untuk bukan pelanggan Unifi Home Broadband, harga pelan ialah RM79.
  2. Ahli keluarga kepada pelanggan unifi Home Broadband juga dapat menikmati harga promosi RM59 sebulan yang sama untuk pelan Unifi mobile.
  3. Kuota hotspot LTE dipertingkatkan dari 10GB ke 20GB sebulan sepanjang tempoh kempen.

Kempen ini berlangsung dalam masa yang sangat terhad. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang Unifi di sini.

[Sumber: Unifi]

Tags: Unifi
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Daftar Unifi Mobile sekarang untuk menangi Galaxy Note 20 Ultra dan banyak hadiah lagi

19 January 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

Siri Vivo X500 rasmi diumumkan, berkuasa Dimensity 9600 Pro, skrin 144Hz, telefoto ZEISS 200MP

21 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN