• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi pula disenarai hitam Amerika Syarikat, ini maklumbalas mereka

  • OLEH Najib
  • 12:58 pm
  • 19/01/2021
  • Komen
Telefon Xiaomi akan dipasang kamera 108MP HM2 dengan zum 120x
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum Presiden Trump menamatkan tempoh pentadbirannya tidak lama lagi, beliau telah memasukkan sembilan syarikat China untuk disenarai hitam di Amerika Syarikat (AS). Salah satu dari syarikat tersebut adalah pengeluar peranti popular, Xiaomi.

Bagaimanapun, senarai hitam ini berbeza dengan apa yang dikenakan terhadap Huawei. Dalam kes Huawei, mereka dikaitkan mempunyai hubungan terus dengan kerajaan China. Tetapi di Xiaomi, kerajaan AS menuduh mereka mempunyai hubungan rapat dengan tentera China.



Dalam hal ini, Xiaomi tidak dihalang untuk berurusan dengan perniagaan yang berkaitan dengan AS. Bagaimanapun, perniagaan di AS tidak dibenarkan untuk melabur di dalam syarikat di senarai hitam ini.

Bermakna, perniagaan yang memiliki saham Xiaomi akan terpaksa menjualnya, selewatnya pada 11 November 2021. Ini boleh memberi kesan besar kepada Xiaomi kerana akan kehilangan wang pelaburan.



Tidak lama selepas pengumuman sekatan itu, Xiaomi mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan tuduhan tersebut:

Syarikat telah mematuhi undang-undang dan beroperasi sesuai dengan undang-undang dan peraturan perundangan yang relevan di mana ia menjalankan perniagaannya. Syarikat menegaskan bahawa ia menyediakan produk dan perkhidmatan untuk kegunaan awam dan komersial. Syarikat mengesahkan bahawa ia tidak dimiliki, dikawal atau bergabung dengan tentera China, dan bukan “Syarikat Tentera Komunis China” yang ditakrifkan di bawah NDAA. Syarikat akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi kepentingan syarikat dan pemegang sahamnya.

Syarikat sedang mengkaji perkara yang mungkin berlaku untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai kesannya terhadap Kumpulan. Syarikat akan membuat pengumuman lebih lanjut apabila dan bila sesuai.

Jika ini diteruskan, tidak mustahil Xiaomi juga akan berhadapan krisis seperti yang dialami Huawei. Walaupun ia tidak seketat Huawei seperti masih boleh menggunakan Google dan cip Qualcomm, kekangan pelaburan boleh membantutkan usaha mengembangkan produk dan mungkin menjejaskan pelancaran produk baru.

[Sumber: Android Authority, Reuters]

Tags: donald trumpxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Telefon Xiaomi akan dipasang kamera 108MP HM2 dengan zum 120x

Xiaomi pula disenarai hitam Amerika Syarikat, ini maklumbalas mereka

19 January 2021
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN